Monday, June 30, 2008

KADOK BERWAJAH BARU !!!











(kiri) Gambar Kadok Kopperfield "sebelum".
(kanan) Dengan menggunakan teknologi janaan grafik komputer, kami dapat membayangkan gigi baru yang bakal dipasang di mulut beliau...

Amerika Selatan - Dalam sebuah langkah drastik lagi dashyat, Kaduk Kopperfield telah mengumumkan bahawa beliau telahpun di'selected' untuk sebuah rancangan extreme make-over di Amerika Selatan. Beliau, yang kehilangan gigi depannya sejak awal 2005 lagi, mendakwa bahawa gigi yang jatuh itu sebenarnya gigi susu. Dakwaan beliau boleh dianggap mustahil, tapi tiada bukti-bukti saintifik yang dapat membuktikan pembuktian ini. Lantas, kami meng'iyer'kan sahaja dakwaannya.

Extreme makeover itu, yang bakal ditaja oleh kompeni obat gigi terbesar dunia, "Darlie", dianggarkan memakan belanja sebanyak $20, 000 tunai. Extreme makeover ini juga bertujuan untuk 'menaikkan saham' kehensemannya agar dapat selected untuk competition nanti. Apabila diminta mengulas, beliau menjawab, "Alhamdulillah, setelah lama saya apply dan apply dan apply untuk rancangan nih, akhirnya, dapat jugak masuk. Tunggu sajalah nanti outcome wajah saya. Jangan jeles..". DNN ingin mengucapkan tahniah atas selection beliau dan berdoa agar beliau cepat sembuh dari operation. - DurbarNews