Mangharung arus kedalam kemenangan. Gaya, mutu, keunggulan...AFRIKA SELATAN - Buat julung-julung kalinya, Encik Biggy telah menerima anugerah tertinggi sukan Rally, "Sportsman of The Year 2007". Anugerah ini adalah sebagai peringatan jasa serta pingat-pingat yang telah disumbangkan oleh Encik Biggy pada tahun sebelumnya. Dengan itu, beliau membawa pulang hadiah wang sebanyak seratus dolar beserta piala sepak takraw 1999 (recycle punya).

Encik Biggy, yang mula berjinak-jinak dengan sukan Rally telah terlebih dahulu aktif didalam sukan Extreme BMX. Di dalam sukan itu, beliau telah beberapa kali menang didalam pertandingan X-Games, terutama sekali pada tahun 2001 (Batam), 2003 (Thailand) dan 2004 (Moscow). Namun begitu, apakan daya, tangan beliau patah semasa hendak membuat aksi nekad di kepulauan Samoa. Lantas, didalam process pemulihan dan selepas pembedahan, beliau menjadi amat gemuk sekali sehingga basikal BMXnya pun sudah tidak boleh meng"carry" berat badannya. Dengan itu, beliau mencuba nasib didalam sukan penuh aksi lumpur, "Dirtbike Rally".

Sehingga kini, beliau tidak pernah menghampakan peminat sukan Rally setempat setiap kali ada pertandingan. Sehingga ada satu ketika beliau memenangi anugerah "Badan Terbaik" oleh juri yang internasional dan professional didalam acara tahunan "Dirtbike Annual Rally Awards". Minggu lalu, beliau membawa pulang piala sekali lagi didalam acara "freestyle" di Bintan. Beliau dapat melepasi beberapa saingan hebat, terutama sekali peserta dari Malaysia, Encik Nazri Salleh Yaacob dan peserta tunggal dari Afrika, Encik Kaduk Kopperfield. Encik Apumaniam dari Nepal kalah dengan teruk sekali akibat kepancitan tayar di balapan terakhir. -
DurbarNews