"Selalunya kiter pakai umpan udang bersalut belacan. Pada hari itu, kita nak try something different lah. Maklumlah, ikan-ikan sini cerewet sikit. Kebetulan Apu time tuh tengah makan Big Mac. Saya pun apa lagi, sangkutkan Big Mac kat joran saya, campak, sekali mak datuk, itu ikan sudah sangkut kat joran saya," kata Encik Biget Parameswara, seorang nelayan berpengalaman selama 35 tahun didalam bidang memancing.
Selang beberapa hari, mereka telahpun menjual sebahagian daripada ikan itu kepada restoran-restoran ternama untuk dibuat ikan bakar special. Para nelayan, yang kelihatan gembira sekali dengan durian runtuh tersebut sudahpun bercita-cita tinggi. "Selepas nih, saya nak pakai duit saya untuk membeli amanah saham mendaki," kata Encik Kaduk Kopperfield, seorang nelayan part-time. "Saya pula hendak membeli kereta sport berjenama Porshe," senyum Encik Biggie, yang merupakan nelayan paling besar di situ. -DurbarNews