Wednesday, January 2, 2008

MEMBASMI JENAYAH LAUT

SIMPANG BEDOK - Dua orang bangla ditangkap semalam oleh Pegawai Marin Tentera Diraja Yugoslavia (PMTDY) kerana percubaan menyeludup masuk lima puluh kilogram chewing gum ke tanahair. Mereka cuba untuk mengayuh sebuah sampan kecil berisi barangan haram itu bagi mengelakkan pembayaran cukai apabila PMTDY menggunakan sampan yang lebih canggih untuk membuntukan hasrat mereka. Barangan yang dirampas dianggarkan berharga 23 juta dolar Amerika tanpa kadar cukai.

Bercakap mengenai insiden itu, Kapten kapal PMTDY tersebut, Kapten Miroslav Khidir berkata, "Kami telah nampak bayangan mereka pada sekitar 2300 masa Brazil. Dalam edaran bulan biru, mengenai 130 darjah ke utara, kami pun melepaskan beberapa das tembakan kearah sampan mereka. Mujur tiada siapa yang cedera. Kami pun berasa penat tetapi gembira lalu pulang bersama-sama." Dengan itu, Kapten Miroslav Khidir mendapat pingat perhargaan gangsa Sukan SEA 2007 atas kejayaannya. Kedua-dua penjenayah bangla itu menghadapi hukuman gantung sehingga mati oleh juri mahkamah terTinggi Yugoslavia. - DurbarNews