Sunday, January 6, 2008

MEMBUKA LEMBARAN BARU BAGI 2008

Sebahagian ahli-ahli yang mampu dipetik wartawan kami sebelum dihalau keluar oleh bouncer AGM (Annual General Meeting) 2008.

BISHAN - Mesyuarat Agung Tahunan Durbar Dua telah berakhir semalam dengan semangat yang baru apabila kita meraikan kehadiran kembali ahli-ahli yang memang dah lama kami tak nampak. Ianya juga memberikan nafas baru kepada Durbar Dua kerana buat julung-julung kalinya, diskusi tentang matlamat Durbar Dua diperbualkan secara terbuka. AGM tersebut dihadiri oleh beberapa orang kuat termasuklah salah seorang pengasas Durbar Dua, Encik Mat.

Didalam rapat umumnya, presiden Durbar Dua, Encik Rezal telah melampirkan ambisinya untuk membawa Durbar Dua ke tahap yang lebih tinggi kerana beliau akur cara permainan Durbar harus melalui evolusi yang ketara untuk bersaing dengan kumpulan-kumpulan gergasi masakini. Beliau berharap Durbar akan lebih mampat serta kompact dan bukan sekadar mengharungi setiap pertandingan berbekalkan nama sahaja. Dalam pada itu, beliau menyeru agar ahli-ahli kumpulan ini dapat membuka minda dan menjadi lebih reseptif kepada pertukaran-pertukaran baru yang bakal dibuat pada tahun ini. Beliau juga menggalakkan perkongsian idea yang lebih kerana pada tahun-tahun lalu, kita terlalu bergantung kepada satu ataupun dua orang untuk sumber inspirasi.

Posisi-posisi para pemain sudahpun diutarakan serta dikonfirmkan semalam namun begitu Encik Rezal tidak berhasrat untuk mendedahkan lebih banyak maklumat kepada wartawan DNN. Apa yang pasti, beliau berharap mereka-mereka yang sudah ada placing sebagai front man atau paluan bersikap aggresif untuk menyimpan tempat mereka kerana mereka tidak akan kekal di frontline sekiranya mereka tidak memberikan persembahan yang konsisten. Sudah tentu, AGM semalam telahpun memberi objektif yang baru dan dari kami, kerabat DNN, ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk tahun 2008. Syabas Suria! -DurbarNews