Sunday, December 23, 2007

MENJALIN UKHWAH SESAMA KUMPULAN

BISHAN - Selepas kekalahan yang tidak mengejut daripada dua pasukan gabungan favourite kita, Cak Ding Ding Tak Dung dan Pasukan Olimpik Dikir Jepun (PODJ), kedua-dua kumpulan tersebut telah bersetuju untuk merapatkan lagi silratulrahim dengan menganjurkan makan besar di Bishan CC, rumah rasmi PODJ. Ketua tentera Jepun, Encik Rizal Yatoshi telah membelikan makanan tradisional orang Jepun, yaitu sup tulang yang enak hingga menjilat som-som apabila dicecah dengan roti Perancis. Adapun begitu, Editor DNN ada nak share duit beli Rojak Keling dengan Ayam (salah seorang pemain kita), namun begitu, beliau membatalkan hasratnya kerana fikir-fikir balik, tak balik modal kerana di sana (Bishan CC) ada banyak buragas-buragas lapar yang suka mencuit-cuit makanan orang. Ish ish ish, kesian. Kau jangan main-main Man.

Para tetamu telah dihiburkan dengan nyanyian solo oleh "key-player" Cak Ding Ding, Encik Din Kecik. Tatkala di saat itu, ramai di kalangan para tetamu mengalami pendarahan di telinga dan sawan selepas mendengar persembahan beliau. Itulah kelebihan suara kurang merdu Encik Din Kecik. Untuk menghilangkan rasa bosan, jurugambar rasmi kami, Kak Syikin telah mengambil gambar-gambar perut mereka yang boroi untuk dimuatkan didalam Kalender Majalah Manja 2008. Sesiapa yang ingin membeli kalender yang sensasi lagi seksi tersebut, bolehlah membuat tempahan menerusi laman web kami. -DurbarNews