Tuesday, December 25, 2007

GEJALA PSP BERLELUASA

Salah seorang insan yang ketagih PSP. Gejala PSP yang semakin berleluasa di kalangan belia-belia setempat.

DUNIA - Gejala PSP semakin berleluasa di kalangan pendikir setempat. Tinjauan daripada wartawan kami baru-baru ini telah mendedahkan kurang lebih 60% pendikir setempat mempunyai PSP. Walaupun ianya tampak sebagai sebuah gaya kehidupan yang trendy, ramai juga yang mengadu menghadapi masalah rumah tangga, hutang, gejala sosial yang tidak sihat, semuanya angkara PSP. Lantas, amat afdallah, sekiranya kita menamakan tahun 2007 sebagai tahun PSP.

Sekiranya anda berada bukan sahaja dikalangan pendikir malah penduduk Singapura umumnya, anda tidak akan lepas melihat PSP dikalangan mereka. Ianya ibarat pakaian seluar dalam yang semestinya wajib dikenakan. Kalau tak bawak, macam tak sah. Kadang-kala trend seperti ini terbawa-bawa sehingga nak berjalan raya untuk mengeratkan silratulrahim pon bawak PSP (atas).

Menurut pakar psikologi ayam setempat, Dr Ruzaini Al-Ahyam, beliau berpendapat, "PSP nih adalah ibarat keropok 'Pringles'. Once you start, you cannot stop. Ianya juga seperti rokok. Don't take the first puff because you will get hooked... Cheh, bebual omputih pulak aku.." Beliau juga menghuraikan bahawa PSP boleh menjamin kehidupan yang tidak sihat kerana akan menimbulkan rasa cemburu kepada orang yang takda PSP lantas akan tergertak hati mereka untuk membunuh orang yang ada PSP. -DurbarNews