HQ - Website baru, members baru, peminat baru, kawan baru, semangat baru, lembaran baru, azam baru. Begitulah keadaan kami disini yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada 2007 dan memberikan laluan untuk tahun yang baru. Insha allah, pada tahun depan, kita pun akan main dengan cara baru yaitu dengan harmonise cara choir, tepuk selang-selang (Din Kecik awok tengah) dan ragam laju-lagu (Apu, take note, start latihan jasmani). Lagu akan berkonsep timur tengah. Baju kita ada bulu-bulu pancaragam. Tanjak kita semua keras-keras dan tinggi-tinggi, macam kat esplanade. cheh, macam paham. Walau apapun, kita masih memerlukan sokongan anda untuk sentiasa memberikan SEMANGAT yang baru khususnya kepada ahli-ahli baru kami yang akan datang, kerana, merekalah pelapis generasi baru Durbar Dua. Bila korang dah kawin, doranglah yang akan perform time ko bersanding nanti, jadi, selaku Editor DNN, dan wakil kerabat DNN, ingin mengucapkan, SELAMAT TAHUN baru, 2008!!! Enjoy, Happy, Asli. (tambah lagi satu, "puas hati").
- DurbarNews