Sunday, December 23, 2007

BERBALOI SETELAH SEKIAN LAMA

CLEMENTI - Perjalanan seribu batu bermula dengan setapak. Begitulah kata-kata pujangga Confucious yang dipegang teguh oleh Saudara Nas kita. Setelah bertahun lamanya mendedangkan lagu buatan orang lain, beliau mencuba nasib untuk menggubah lagunya tersendiri dalam Piala Khatulistiwa 2007. Berkat titik usaha beliau (dengan pertolongan insan sekati dua), Nas akhirnya, ya... AKHIRNYA memenangi lagu ciptaan terbaik untuk persembahan gabungan ITE Macpherson dan Maktab Rendah Serangoon.

Beliau, yang agak pemalu, susah untuk ditemu bual selepas kemenangannya kerana dikerumuni peminat-peminat setianya yang termasuk pakcik-pakcik security dan makcik-makcik kantin di sana. Ni pun dapat petik gambar kerana kami mengugutnya secara paksa. Kami dari DNN bangga akan pencapaiannya. Syabas kepada anda! Malaysia buleh! Denga kemenangan itu, beliau membawa pulang wang tunai sepuluh million yang akan disedekahkan kepada badan-badan bina badan setempat.


Kunch dan Sa'ari berjabat tangan dengan para peminat mereka selepas memenangi tempat kedua didalam Piala Khatulistiwa.

Didalam berita lain, dua anak watan Durbar Dua juga telah mengecapi kemenangan yang memberangsangkan dengan gabungan kumpulan lain yang lebih berkuasa dari motosikal berkuasa tinggi, hayabusa. Insan-insan yang disebutkan adalah Sa'ari dan Kunch. Selepas menduduki tempat kedua, mereka pun bersorak dengan gembira serta melaungkan kata-kata semangat bersama kumpulan berkuasa mereka. Amboi, kemain lagi. Al-maklumlah, bukan selalu dapat menjamah trophi, yer tak bang? Namun begitu, selepas melaungkan kata-kata semangat, kerabat kami memberikan hadiah kepadanya yang berupa pukulan beramai-ramai. Walau apapun, kami mengucapkan TAHNIAH kepada mereka berdua! -DurbarNews