Tuesday, December 18, 2007

AKHIRNYA

BUGIS - "Berakhirnya Satu Penantian". Itulah tajuk ataupun judul album baru yang akan di'release'kan oleh penyanyi tanah air setempat, Elfee Ismail. Ianya satu judul, yang dalam perangkaan penulis, amat sesuai untuk menggambarkan perjalanan dan penantian yang sudah begitu lama bagi beliau. Apakan tidak, menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, sudah tujuh tahun (ya! tujuh tahun) elfee sudah menanti untuk album ini.

Penyanyi lagu Zainal Abbas, "Sumbangsih" (tetapi beliau tak sumbang eh) ini telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian. Baru-baru ini, beliau telah memenangi gelaran "juara" dalam pertandingan "Juara Klasik Nusantara" di Kuala Lumpur. Enam lagu akan dimuatkan didalam album pertamanya yang boleh dikatakan merupakan satu campuran pelbagai muzik-muzik etnik, kontemporari dan pop.

Album launch beliau akan diadakan di Taman Warisan, 85 Sultan's Gate pada pukul 8 hingga 10 malam. Pakai smart-smart dan bawa pen serta poster. Kenapa? Jadi awak semua boleh dapatkan autograph lah! Dan jangan lupa untuk membawa $15. Kenapa? 12 dolar untuk beli CD, $3 untuk naik MRT la! Yer, CD Elfee Ismail akan dijualkan pada harga $12 HANYA pada hari tersebut. Pada hari-hari selepas launching, awak kene bayar $17.90. Murahnya! Saya nak beli doblas!

Elfee Ismail juga telah kirim salam pada anda semua, lebih-lebih lagi kerabat Durbar Dua. Beliau juga telah "specially" invite anda semua untuk datang memeriahkan lagi suasana di Taman Warisan. Cepat-cepat datang, cuma 250 tempat duduk disediakan! 200 pelanggan pertama akan mendapat poster Elfee PERCUMA! Wah! Gini aku nak beli 200 CD jadi aku boleh dapat 200 poster PERCUMA!! ya.... PERCUMA!!! Ok, jumpa anda disana! -DurbarNews
MTV Elfee...cheydeybah..