Monday, December 17, 2007

JOHAN MENGAJI ANTARABANGSA

Tampines - Bak kata papatah orang Melayu, kecil-kecil cili padi, dah besar, pandai mengaji. Itulah perumpamaan yang dapat diungkapkan kepada hafiz cilik kita, (actually dah besar pun), Encik Abun. Beliau digelar hafiz sejurus selepas mengkhatami pertandingan menghafal Al-Quran Antarabangsa yang telah diadakan di Esplanade. Abun, 49 tahun, telah dapat mengatasi pesaing-pesaing hebat dari negara-negara lain seperti Afghanistan, Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Hindustan dan Stan Collymore.

Di dalam pertandingan ini, beliau harus membacakan ayat-ayat yang dikehendaki oleh para juri dalam masa tertentu. Dari segi gaya dan fleksibiliti serta teknik, beliau telah dapat meraih 9.97 mata, 0.01 mata lebih daripada peserta terdekat beliau, Encik Mugzalik Atannistan dari negara Pakistan yang telah maraih 9.96, saya ulangi, sembilan perpuluhan sembilan ENAM. Lagi sikit jer. Seandainya Abun tidak dapat buat revision pada hari yang sebelumnya, sudah tentu dia akan kalah punya. Beliau membawa pulang wang tunai 5 juta dolar serta dua belas cakera padat cetak rompak (lihat gambar).

Mengenai persiapan beliau, Abun mengatakan regimenya agak ketat. Beliau harus menunaikan kesemua rukun Islam dan Iman, dan perlu menjaga makanannya. Segala makanannya ditanggung halal dan beliau cuba untuk kurangkan makanan seperti daging ayam dan lembu. Namun begitu, beliau cuba untuk memperbanyakkan ikan di dalam makanan sehariannya. Di samping itu, beliau juga melakukan sparring dengan Santau untuk memperbaiki keadaan fisikalnya. Bak kata pepatah (sekali lagi), badan sihat, otak cerdas. -DurbarNews