Sunday, December 16, 2007

DUGONG DISELAMATKAN MAJLIS BANDARAYA

ECP - Seekor dugong telah diselamatkan oleh majlis bandaraya East Coast Park selepas menerima panggilan kecemasan sekitar empat pagi oleh penduduk setempat, semalam. Majlis bandaraya, bersama National Parks Boards, telah begegas ke tempat tersebut dalam sekitar sepuluh minit, dengan membawa peralatan lengkap untuk membantu dugong tersebut.

Dugong tersebut, yang diberi nama FreePu, telah terlantar di atas bangku sebuah pondok berdekatan laut kerana ingin berehat sebentar semasa air sedang pasang. Namun begitu, oleh kerana terlalu asyik bersantai, ianya lupa akan air surut dan terlantar di atas bangku tersebut. Nasib baik majlis bandaraya datang awal, kerana sekiranya mereka tidak, sudah tentu dugong tersebut akan mati kekeringan.

FreePu telah diberikan amaran keras untuk tidak bersaintai di pondok itu lagi kerana pondok itu adalah untuk kegunaan manusia, dan bukan untuk seekor dugong. Amaran itu juga sebagai peringatan untuk dugong-dugong yang lain supaya jangan menyusahkan orang, lebih-lebih lagi majlis bandaraya pada pukul 4 pagi sebab dorang kene tido. Besok keje pagi. -DurbarNews