Wednesday, December 12, 2007

BOMOH HANDALAN

Kadok Kopperfield yang baru sahaja menukar Radin menjadi seekor buaya dalam magic shownya di KL.

SINGAPURA - Sekiranya Yusof Ular terkenal dengan ular-ular peliharaannya dan Steve Irvin pula dengan buaya-buayanya, bomoh handalan setempat, Kaduk Kopperfield pula mahir dalam pengendalian ilmu hitam. Beliau, yang telah berhijrah di sini dari negara asalnya, Zimbabwe, telah bertekad untuk membuka sebuah klinik rawatan yang menggunakan seratus peratus ilmu hitam untuk membaiki pesakit-pesakitnya. Klinik itu, hasil modalnya sendiri yang dikumpul dari persembahan antarabangsanya itu akan bertempat di Clark Quay, bersebelahan kelab malam popular, Ministry of Sound (Kerajaan Bunyi).

Namun begitu, langkah yang diambilnya mendapat tentangan para ulama-ulama hebat antarabangsa, seperti Al Fathil Ustaz Shake Elfi. Beliau memberikan amaran keras bahawa amalan ilmu hitam itu adalah haram dan initiatif sedemikian hanya akan menyesatkan orang-orang di Singapura yang dah pun boleh dikatakan sesat jugak. Beliau, dalam ulasannya, "Klinik ilmu hitam nih hanya akan membuat orang-orang melayu lebih percaya kepada ketahayulan. Ini yang kita tannak nih. Dahlah nak suroh orang datang kat syarahan saya pun susah. Dunia dah nak kiamat, dan klinik ini adalah satu bukti. Baik beliau hentikan operasi tersebut sebelum saya bakar jer klinik dia".

Adapun begitu, Kadok Kopperfield berfalsafah apabila ditanyakan kedudukan beliau, "Orang nak kata apa, katalah. Gua da maleh nak layan. Apakan daya, saya sebagai seorang insan hanya mencari rezeki yang halal." Namun begitu, Shake Elfi, yang kebetulan ada di sana belakang wartawan menyampuk, "Halal keper, setan! Program aku nih halal, ko punya yang haram, mangkuk!"

Kadok Kopperfield tetap bertekad untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang keilmuan ini. Antara khidmat-khidmat yang ada ditawarkan ialah: Tolong rasukkan orang, $150. Susuk, $200. Vodoo doll, $450. Nak hensem macam Brad Pitt, $5000. Nak hensem macam Nor Alam Shah, $50. Terbang, $1876.59. Untuk keterangan lanjut, hubungilah Kadok Kopperfield, 1800-ILMUHITAM. -DurbarNews