Monday, December 10, 2007

MAC & INA MEMBISU

JURONG - Seorang adalah pemain bolasepak terkemuka negara. Seorang lagi adalah penyanyi popular zaman 70an. Itulah pasangan selebriti kita, Mac dan Ina. Mereka diserempak oleh wartawan kami tadi pagi semasa mereka diundang untuk membuat satu pemsembahan nyanyian di Jurong Port. Pasangan yang semakin hari semakin elusif di mata media itu dikatakan tidak suka diwawancara ataupun dirakam dan mahu hidup seperti orang biasa semula, bukan sebagai selebriti idola.

Kami mencuba nasib untuk bertanyakan tentang status mereka berdua yang selama ini dikhabarkan sebagai pasangan kekasih. Sesetengah pihak media , AFPD misalnya, telah melaporkan bahawa mereka sudahpun bertunang secara rahsia. Namun begitu, mereka enggan mengulas apabila kami cuba mendalami lebih lanjut tentang kehidupan yang dijalani oleh mereka.

Mereka tampak sudah semakin matang, bebeza kurang lebih setahun lalu, yang mana mereka berdua mempunyai sejarah sebagai pasangan yang suka membuli pasangan selebriti yang lain. Ditanya tentang sejarah hitam mereka pula, mereka mengatakan, "ye betul, dulu memang kami berdua gangster. Pantang nampak selebriti lain, mesti pukul. Nampak je, pukul. Sekarang kita da relek skit.. K, baik ko jalan sebelum aku pukul kau" -DurbarNews