JOHOR - Satu-satunya selebriti kontroversial dan pemenang anugerah Fame Awards 1997, Encik Abun, telah pergi ke sebarang tambak untuk mencuba nasib sebagai pelakon dalam cerita REMP-IT 2, sebuah blockbuster susulan daripada cerita REMP-IT. Cerita sususan Datuk Usop HsSlam telah mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai penaja serta penerbit yang ingin mengaup keuntungan yang bakal diraih dalam pertayangan blockbuster ini kelak.
Abun melakonkan dan menghidupkan watak "Joe", seorang pelumba haram yang datang dari Amerika ke Malaysia untuk mencuba nasib dalam kegiatan lumba haram. Beliau, yang digandingkan buat julung-julung kalinya dengan pelakon seksi, Beyonce, berkata beliau amat terharu dengan sokongan moral yang diberikan oleh rakan-rakan dikirnya dari kumpulan yang tidak asing lagi, Durbar Dua.
Beliau mengulas, "Saya tak sangka yang saya boleh dapat watak nih, sebab yang saing dengan saya untuk dapat watak ni semua hebat-hebat. Brad Pitt, David Beckham dan Tom Cruise. Tapi oleh kerana dorang tak tau cakap melayu, Datuk pilih saya. Baik ah". Beliau, yang sudah serasi dengan Datuk Usop HsSalam, lebih senang memanggil beliau "Datuk" (nama manja). -DurbarNews