Kategori berasingan atau digandingkan?
Sebuah video yang menyingkap perjuangan serta kegigihan para pendikir wanita kita.
Penglibatan kaum Hawa di dalam dikir barat, di Singapura khususnya, telah bermula sejak kesenian dikir mula menebarkan sayapnya di tanah air. Walaupun dikir barat wanita mendapat sambutan yang hambar di seberang tambak, lain pula keadaannya di sini. Hampir setiap pertandingan dikir barat setempat memuatkan ruang untuk para aktivis wanita menunjukkan bakat serta tempat untuk melestarikan seni dikir. Di Singapura sendiri, terdapat lebih 20 kumpulan wanita yang bertapak di pelbagai kelab masyarakat dan sekolah-sekolah. Pada Mega Perdana 2010 tahun ini pula, 11 kumpulan puteri akan bertanding dalam kategori yang berasingan.
Angka ini merupakan rekod penyertaan bagi kumpulan wanita di Mega Perdana, sebuah pertandingan peringkat nasional. Dengan tidak secara langsung, ini menunjukkan populariti serta daya tarikan kesenian ini kepada golongan wanita. Alla kullihal, ini juga yang pertama kali, kumpulan wanita dan lelaki bertanding secara berasingan di dalam pertandingan berprestij ini. Langkah sedemikian diusulkan pihak Gabungan untuk menarik minat kumpulan wanita supaya bertanding sama pada tahun ini. Dalam pada itu, pelbagai pendapat serta pandangan yang dilahirkan berkenaan sistem baru ini. Ada yang kurang senang, ada juga yang mengalu-alukan langkah sedemikian.
Pada firasat saya, dalam mengenalkan sesuatu yang baru, tentu ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan adanya kategori berasingan bagi kumpulan berlainan jantina. Sistem sedemikian mampu memartabatkan serta menstabilkan kesenian ini kerana secara lahiriyah, keupayaan lelaki dan wanita adalah berbeza. Dalam sebuah set dikir wanita, tentunya setiap ragam perlu mematuhi tata susila serta kesopanan yang diterapkan dalam stigma sosial masyarakat. Keadaan ini berbeza dengan kumpulan lelaki yang rata-rata diberikan lebih kebebasan dari segi ekspresi ragam dan tidak terlalu terkongkong dengan batas-batas tersebut. Aura yang ditonjolkan kumpulan berlainan jantina juga berbeza.
Dari segi penyampaian lagu dan suara juga berlainan. Oleh kerana kaum Hawa mempunyai pitch yang lebih tinggi, maka sesetengah lagu yang sedap didendangkan oleh mereka mungkin kurang 'oomph'nya sekiranya ia dinyanyikan oleh sebuah kumpulan lelaki. Vice versa. Lantas tidak hairanlah, mengapa kategori berasingan telah lama wujud dalam pertandingan seni suara, baik di peringkat internasional seperti AIM mahupun setempat seperti di AnugeraHitz. Ini memudahkan tugas pengadil dalam pemberian markah kerana mereka tidak akan dibebankan dengan faktor-faktor luaran seperti yang telah dijelaskan. Markah yang dihadiahkan pun akan lebih konsisten sekiranya kumpulan-kumpulan dibandingkan mengikut kategori yang ditetapkan.
Namun begitu, tidak adillah sekiranya saya melahirkan pandangan yang berat sebelah dalam rangka kumpulan berlainan jantina. Wujudnya kategori berbeza, dengan tidak secara langsung melebarkan jurang serta mutu persembahan antara kumpulan lelaki dan wanita. Sejauh ini, belum pernah sesebuah kumpulan wanita merangkul tempat pertama dalam pertandingan terbuka dikir barat, yang mana kumpulan wanita serta lelaki digabungkan dalam satu kelas yang sama. Impian untuk melihat para pendikir wanita 'mengigit' pendikir lelaki dalam suasana pertandingan tampak malap sekiranya dwi-kategori ini menjadi trend bagi pertandingan-pertandingan yang akan datang.
Maka timbul persoalan, "Mengapa kumpulan wanita tidak mampu menaikkan mutu dikir wanita dikalangan mereka sendiri? Apakah perlu untuk digandingkan dengan pendikir lelaki untuk perkara sedemikian berlaku?" Hakikatnya, kebanyakkan latihan dikir wanita dikendalikan oleh golongan lelaki. Ramai kumpulan wanita juga bernaung dibawah kumpulan dikir barat lelaki. Para pengadil juga rata-ratanya lelaki. Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh kaum Adam didalam arena kesenian dikir barat. Sekiranya mutu dikir wanita mahu dipertingkatkan sehingga mampu menumbangkan kuasa serta pengaruh lelaki dalam kesenian ini, maka sebuah emansipasi perlu berlaku. Dengan kata lain, mereka perlu melalui anjakan paradigma dan mengambil initiatif untuk berdiri sendiri secara 'independent'. Tika hal sedemikian berlaku, maka motivasi serta visi sesebuah kumpulan wanita akan berubah secara drastik.
Itu saja pembentangan pendek penulis kali ini. Sekiranya anda juga ingin memberikan pendapat dari sudut yang berbeza, kami di pihak editorial amat mengalu-alukannya. Sila tulis di bahagian 'komen' kat bawah nih. - DurbarNews