Wednesday, May 5, 2010

Anugerah Skrin
Kenali golongan pendikir yang mengambil bahagian.

Ingat nak letak "Le Dzar de Francesco", nanti orang menyampah lah pulak.

Ok, hari nih, penulis nak promosikan sikit tentang segolongan para peserta yang masuk Anugerah Skrin, sebuah pertandingan tahunan yang menonjolkan bakat-bakat dalam lakonan, mengacara, menyanyi dan bermain musik. Pada tahun ini, Anugerah Skrin mencari bakat-bakat lakonan sahaja, berbeza daripada empat tahun dahulu, yang mana aspek mengacara juga diambil kira.

Penulis diberi kesempatan untuk menguji bakat dan alhamdullilah, mampu melangkah sehingga ke peringkat 'top 24'. Sekurang-kurangnya, kalau tak cukup undi, dan saya terkeluar Jumaat ini, dapat jugak jamah kaca TV. Semasa sesi uji bakat, penulis juga berkesempatan untuk bertemu dengan ramai aktivis dikir yang juga mencuba nasib. Pada hari ini, saya mengambil ruang untuk menonjolkan antara muka-muka yang anda pernah nampak dalam suasana 'comp' ataupun pertandingan dikir setempat.

Beliau ini adalah antara peserta yang paling rapat dengan penulis. Berasal dari kumpulan dikir barat Andika Kencana, beliau merupakan aktivis yang sudah lama berkecimpung dalam kesenian dikir barat. Walaupun sudah tidak lagi aktif dalam dunia dikir, baru-baru ini, beliau tetap meluangkan sedikit masa untuk menghadiri kursus jurulatih bersama penulis yang dikendalikan oleh pihak Gabungan beberapa bulan yang lalu. Sekarang beliau dah kaya. Kaya ilmu lah. Tapi kalau kaya harta pun boleh tahan jugak sebab beliau juga merupakan seorang ejen hartanah yang berwibawa. Jingle beliau adalah, "Raja Razie, ejen cepat tepat padat."


Nama saudari nih adalah Siti Aisyah, atau lebih dikenali sebagai Aisyah Ab di Facebook. Ada juga yang memanggilnya Adinda Aisyah mahupun 'Cinta' atau 'Kasih'. Walaupun beliau tidak melibatkan diri secara langsung dalam aspek persembahan dikir barat, beliau kerap turun untuk memberikan sokongan moral kepada tunangnya, Sdr Aqmal N Warkah Cinta Dunia daripada Kumpulan Kelana Purba. Lantas, tidak hairanlah, beliau begitu popular di Facebook. Fanpagenyer dah mencecah 700 orang. Jeles penulis tengok, sebab penulis cuma ada 400 kipas ker.



Nama facebook dier irritating sikit. Eddie Makua. Tah haper la menatang Makua tuh, hanya Eddie saja yang tahu. 'Members' nih pulak katanya dulu dari Kumpulan Putera Dewa. Entah betul entah tidak, tuh penulis tak pasti. Sekiranya ada penggelungur yang datangnya dari kumpulan tersebut, harap dapat 'confirm'kan. Walau bagaimanapun, beliau adalah antara satu-satunya pelakon yang tampak bersahaja tetapi mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan. Tak percaya? Lihat sajalah gaya lakonannya Selasa lalu. Beliau seorang yang senang diajak bersembang dan suka menceriakan keadaan dengan lawak jenakanya. Eddie ada juga memberitahu saya bahawa dia nak 'return' main dikir balik. Kalau nak tau biler, tuh kene tanya dia sendiri ler.

Jadi, tunggu apa lagi,
doakanlah supaya angan-angan kami menjadi nyata,
saksikanlah bakat yang dipelajari dari kesenian kita,
undilah kami supaya apa yang diimpikan langsung tiba. -DurbarNews