Ilham dari zaman kegelapan kita.
For tech geeks: Done with Adobe Audition 1.5, voice studio reverb coupled with "I Am T-Pain" iphone app. Instrumental ripped from YouTube via same program.
Mungkin senikatanya tidak kekal lagi relevan pada ketika ini kerena ianya ditulis semasa dibelenggu masalah anonymous taggers yang datang ke lelaman ini bagaikan penyakit H1N1, pantas merebak ke seluruh pelosok dunia. Time tuh tengah marah, tengah emosi sikit, jadi senang nak luahkan perasaan. Secara lahiriyah, manusia akan bersifat defensif apabila dipertikaikan. Namun begitu, sayang sekali sekiranya hasil tulisan ini tidak didendangkan. Apa yang anda lihat adalah salinan kasar yang akan dihalusi lagi untuk MTV akan datang.
Afwan, mikrofone penulis tidaklah begitu baik. Ianya hanya berharga kurang $50, kirekan tahap 'wakrak'. Jadi, hanya lagu-lagu yang didendangkan oleh Elfee Ismail atau Hakim, menggunakan mikrifone ini, akan menjadi sedap untuk didengar. Kalau pakai suara penulis, outputnyer koyak. Team DNN meminta pandangan anda untuk memberikan ulasan, part mana boleh diperbaiki, dari segi harmonisasi ker, part rap ker, music ker, atau ulasan dari segi senikata, yang mana perlu dihalusi, supaya "final product"nya adalah hasil sumbangan bersama. Amacam, ok tak? - DurbarNews