Sunday, December 27, 2009

Mak Aih, Stress Beb!
Peserta Kursus Jurulatih dikenakan mengambil ujian.
Sdr Faisal (paling kiri) mengendalikan kursus dalam bab paluan sambil diperhatikan oleh (dari kanan) penulis, Sdr Hamdan (Keris) dan Sdr Fid (Andika). Gambar - WDTV

Tidak pernah ku sangka, dikir barat pun ada 'written' paper, sesi ilmiah pun ada, diikuti dengan sesi amali pula. Begitulah keadaannya. Seramai 25 orang penggiat seni dikir barat telah mendaftarkan diri bagi Kursus Jurulatih anjuran Gabungan Dikir Barat Singapura. Penulis adalah antara mereka yang turut serta. Tujuan hamba mengambil khursus nih sebenarnya bukanlah untuk mencari makan tetapi kerana minat yang teramat sangat dalam kesenian nih. Dalam mencari sesebuah ilmu, guru biarlah beribu. Tenaga pelatih yang menjayakan khursus ini adalah presiden Gabungan sendiri, Cikgu Djohan serta anggota jawatankuasanya, Sdr Faisal.

Mula-mula agak kekok juga. Maklumlah, yang ambil khursus nih semua bukan calang-calang orangnya. Masing-masing mahir dalam aspek kesenian tersendiri, ada pakar dalam aspek tulisan, paluan dan sebagainya. Pulak tuh, penulis merupakan wakil tunggal kumpulan Durbar Dua dalam khursus nih. Mujur ada muka-muka kenalan yang datangnya dari kumpulan lain. Sedikit sebanyak ianya menghilangkan kegusaran di hati.

Pada hari pertama, para pelatih dibawa untuk menyelami sejarah dikir barat serta asal usul dikir Singapura. Di samping itu, kita diberikan kesempatan untuk membahaskan polemik istilah dikir asli dan kontemporari yang kerap kali disalah anggap oleh penggiat seni dikir mahupun para peminatnya. Dalam sesi amali pula, para peserta dikenakan bermain alat paluan yang kepelbagaian sekadar untuk menyesuaikan diri dalam mengendalikan sebuah latihan dikir barat. Pendek kata, kesemua aspek kesenian dikir barat disentuh secara ringkas pada hari pertama.

Pada hari kedua pula, para peserta menelaah metadologi serta pedagogi mengajar dikir barat bagi peringkat sekolah. Kami diajar bagaimana untuk menangani pelajar yang bermasalah seperti ADHD serta mempelajari tentang pentingnya hubungan dua hala antara pelatih, guru sekolah, ibu bapa dan pelajar. Sebuah latihan ringkas dua bahagian telah dijalankan untuk mengakhiri khursus tersebut. Satu peringkat tulisan, lagi satu plak secara lisan. Stress beb. Pertama kali penulis dapat lihat penggiat seni ulangkaji pasal dikir barat. Mana nak dapat. Selepas ujian, terdengar pula deraian suara para peserta di luar yang mengambil kesempatan menunggu giliran ujian lisan untuk berdiskusi tentang jawapan kertas ujian. Fuh, suasana dah macam lepas amek 'O' levels di sekolah menengah. Ada yang check-check jawapan, ada yang menepuk-nepuk dahi bagi setiap jawapan yang salah, ada pula yang tersenyum kambing, tanda 'konfiden' beb.

Secara perbadi, penulis rasa banyak manfaat boleh diraih dari kursus seperti ini, lebih-lebih lagi kepada penggiat yang saban hari mempraktikkan kesenian ini. Seperti contoh, melalui kursus ini, hamba sendiri terasa kekurangan dari segi paluan. Tidak pula terlintas di lubuk hati untuk berjinak-jinak memalu rebana, bukan nak 'aim' gantikan Usop jong rebana kita, tetapi sekadar ilmu yang dapat kita simpan, supaya pada satu hari nanti dapat diturunkan kepada generasi pendikir akan datang. Tapi nih kene ambil lagi satu kursus la plak! - DurbarNews