Simpulan Pertandingan Baling! Bola! Boling!
Fuh, memang payah nak selitkan semua rakaman dalam clip 10 minit nih. Hamba tak buat style-style sangat, sebab nanti proses suntingan akan mengambil masa yang lama. Cukuplah sekadar ia menyingkap kegembiraan dan kemeriahan suasana pertandingan Baling Bola Boling. Lagu yang digunakan dalam video clip ini adalah "Guano Demo", nyanyian asal Jali Bunga Tanjung dan Adik Wani.
Ramai woo~ orang untuk diwawancara. Memanglah, kalau boleh, hamba nak wawancara semua, tapi kalau hamba berbuat demikian, takut-takut kehadiran saya nih menghambat kelancaran pertandingan. Lantas, hamba stakat menemu bual seorang wakil dari setiap kumpulan. Bermacam gelagat hamba lihat, ada yang malu, ada peramah ada juga yang lucu gayanya.
Part nih hamba rehat skejap, jadi videoman. Sdri Amelia mewawancara ahli-ahli Durbar Dua pula untuk meminta pendapat serta strategi permainan. Mintak maaf ler banyak-banyak sekiranya ada yang saya tak sempat nak rakamkan. Insha Allah, next video, saya akan usahakan untuk 'feature' mereka yang jarang anda lihat di blog ini. Jangan lupa untuk melihat ucapan rasmi Sdr Kaduk dan Encik Imran, selaku tetamu kehormat kita di sidebar! - DurbarNews