Ulasan pengadil dan kontroversi mengadil.
Sempena Jalan Durbar Raya 2009, pihak jawatankuasa telah memuatkan acara pemberian anugerah kepada kategori-kategori yang telah diuar-uarkan sebelumnya. Sambutan serta semangat antara para peserta begitu kompetitif sekali sehingga ada yang sanggup tukar strategi pada hari yang kedua. Namun begitu, pemilihan bagi kategori persendirian dililit pelbagai kontroversi. Sapa pengadil-pengadilnya? Sdr Ayam dan Sdri Sheena! Aku tambahan jer yang jadi host. Mari kita lihat pemenang dan baca ulasannya. Semua gambar telah diambil oleh Sdr Naz Reuters.
Songkok Paling Tinggi
~Sdr Faizul
Walaupun secara clear-cut, songkok Sdr Kunch lebih tinggi dan gah berbanding dengan Sdr Faizul, beliau tidak mengenakan songkok tersebut untuk kedua-dua hari berjalan raya. Mengikut pungutan pemarkahan secara total, Sdr Faizul memenangi cabarannya dengan memakai songkok yang lebih kurang tingginya selama 24 jam berturut-turut, berbanding dengan Sdr Kunch yang hanya pakai selama 13.5 jam sahaja. Sekiranya anda dapat lihat secara close-up, brooch Sdri faizul sama dengan Editor kita. Mesti beli kat Geylang.
Wanita Paling 'Bling-bling'
~Sdri Aisyah
Wanita Paling 'Bling-bling'
~Sdri Aisyah
Pada asalnya, kategori ini adalah untuk "selak paling seksi". Namun begitu, selepas sambutan hambar oleh pihak wanita (kerana ramai yang tidak mengenakan kain selak), maka jawatakuasa terpaksa menukar kategori ini kepada wanita yang paling 'bling-bling'. Seandainya kategori 'selak' dikekalkan, maka tentunya yang menang adalah Sdri Sheena, matair organiser. Nanti apa plak orang cakap. Vote untuk matair sendiri. Ada juga yang keliru dengan istilah 'bling-bling'. Sebenarnya, apa yang pengadil cari adalah wanita yang paling 'berkilat', bukan yang paling 'glamour'.
Brooch Paling Glamour
~Sdr Shaari
Istilah glamour mempunyai banyak takrifan atau makna. Selaku pengadil , kita sengaja tak beritahu kriteria untuk kategori ini untuk melihat kreativity masing-masing dalam mengenakan brooch yang sesuai untuk jalan raya. Ada yang ingat pakai brooch tarian boleh menang. Ada pulak yang mengenakan brooch 'spider web' macam artis punya. Ada jugak brooch yang 'heavy' macam rantai kapal. Pihak pengadil memilih Sdr Shaari kerana broochnyer yang innovatif. Pada hari yang pertama, brooch dier pecah dua. Hari kedua, dia tambah lagi satu untuk menyelamatkan keadaan. Kitrakan dier nih kreatif giler, sebab tuh dier menang.
Handbag Paling Berat
~Sdri Shikin
~Sdri Shikin
Kategori nih takda kontroversi. Clear-cut winner. Ibu dua cahaya mata ini terang-terang menang sebab handbagnyer penuh dengan barang-barang untuk menjaga kanak-kanak seperti lampin, tin susu, mainan dan sebagainya. Sepanjang perjalanan, begnya bertambah berat sebab orang bagi duit raya kepada kedua-dua anaknya. Bukan itu sahaja, siap bawak balik mainan pulak tuh! Maklumlah, anak comel, mana orang tak bagi mainan. Cuma yang membebankan adalah apabila Sdri Shikin perlu memikul semua barang-barang tersebut.
Mr Durbar Raya
~Sdr Kaduk
Pemenang bagi kategori ini ditentukan dengan undian ramai yang dilakukan didalam bas. Kontroversi mula bertapak sebab pemenangnya, Sdr Kaduk, bukan pilihan ramai. Beliau meraih 5 undian, sementara Sdr Kunch pula meraih 9 undian. Namun begitu, beliau dipilih sebab Sdr Kunch dahpun memenangi kategori yang lain, kirakan, tak aci ler kalau kategori nih pun dier menang. Apa yang pengadil inginkan dalam kategori Mr Durbar Raya adalah 'poster boy' untuk Kerabat Durbar Dua. Ala, macam 'ambassador' kumpulan kitalah, dari segi imej, penampilan dan karisma yang hebat. Sdr Kaduk juga merupakan calon favourite untuk memenangi "brooch paling glamour", selepas mengenakan brooch rantai kapalnya yang dier pinjam dari neneknya. Hebat betul.
Miss Durbar Raya
~Sdri Sheena
Ramai yang menyangka kategori ini hanya terbuka kepada mereka yang belum berkawin, sebab title 'miss'. Tapi, pihak pengadil membuka ruangan ini untuk semua kaum Hawa, tak kiralah, mereka yang dah kawin atau belum, atau janda sekalipun, semua ada fight untuk memang hadiah nih. Sdri Sheena menang besar dan meraih 9 undian untuk dirinya sendiri. Tiada kontroversi sebab yang pilih adalah para perserta sendiri. Sdri Sheena mengenakan kepbaya ala baba nyona, sesuai dengan kulitnya yang cerah. Kombinasi warna kembannya dan lacing luaran amat menonjol, sesuai dengan personaliti beliau yang sophisticated. Ewah!
Couple Durbar Raya
Couple Durbar Raya
~Sdr Kunch dan Sdri Mona
Memang tak dinafikan, Sdr Kunch dan Sri Mona sajak untuk memang dalam kategori nih. Apakan tidak, dengan songkok tinggi dan baju kurung telok belanga, serta korset dan lacing yang sesuai, kena pula dengan warna keemasan. Penampilan mereka berdua dah ibarat artis seberang tambak di Anugerah Planet Musik. Kedua-duanya menempah baju dari Kedai Bibik kat Kampung Melayu. Maklumlah, regular customer, tentunya mendapat tajaan yang terbaik oleh empuya kedai. Sdr Rezal sempat mencelah seraya berkata, "Korang tengok. Walaupun korang tak suka Kunch sebab muka dier action, korang tetap vote untuk dier jugak. Maknanya korang masih sayang kat dier." Sapa yang tak sayang kat Kunch dan Mona. Nampak senyuman dorang? Kilowatt beb, silau I.
Tahniah kepada semua pemenang dalam edisi Jalan Raya pada kali ini. Sekalung budi kepada Sdr Ayam dan Sheena kerana sudi membeli hadiah-hadiah untuk menyerikan aktiviti tahunan ini. Mereka juga merupakan ketua pengadil untuk segmen nih. Semua hadiah ditaja oleh Jabatan Kewangan Durbar Dua. Insha allah, moga-moga tradisi baru nih dikekalkan sampai bila-bila masa. - DurbarNews