MTV, Results, Jalan Raya 09.


Ok, maaf, sidetrack skejap. Saya cuma ingin mengambil kesempatan ini untuk bebual secara rambang selepas blog nih berehat selama dua minggu. Nih pun assignment belum 100% habis. Masih ada belen tiga lagi. Tapi insha allah, saya akan cuba dengan sedaya upaya untuk update apa yang termampu.
Bulan puasa dan sejurus itu, hari raya yang lepas membawa banyak kenangan pahit dan manis. Tentunya, antara yang manis adalah kunjungan ke Darul Ma'wa, pembahagian bubur, iftar bersama-sama dan tidak lupa gelanggang kat Kampung Melayu. Enjoi habis. Tapi tak semua kenangan yang diraih itu indah. Ada juga yang agak gelap, seperti saga 'casa' yang dihidupkan semula selepas luput dalam kealpaan, tenggelam dek arus masa (cheywah). Untuk pengetahuan mereka yang ingin tahu, 'casa' dahpun meminta maaf kepada mantan CEO kita secara peribadi. Ada jugak gosip hangat yang mengatakan bahawa dia hanya meminta maaf selepas kene tangkap. Kalau tak kene tangkap, mungkin dier dah buat bodoh agaknya. Namun begitu, seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, luka tak akan dibalas dengan luka, kalau dier betul-betul ikhlas tuh antara Tuhan dengan dia.

Akhir sekali, mulai hari ini, gambar-gambar DNN akan diambil oleh Sdr Naz, sebab kualiti kamera dier power! Kirakan Naz dah macam main photography agency untuk lelaman rasmi. Sheena dan Hanome pun ada kamera power kedamak jugak. Tapi dorang agency bawahan. Pendek kata, Naz adalah Reuters, Sheena Agence France-Presse dan Hanome pulak Associated Press. - DurbarNews