Perbagai juadah membuka selera
Gambar-gambar bagi Iftar telah dimuat-naikkan dalam "Album Of The Month" di sidebar.
Iftar yang langsungkan oleh Durbar Dua berjalan lancar, walaupun pada awalnya, tidak ramai yang sempat hadir tepat pada azan marghrib kerana perkerjaan masing-masing. Alhamdulillah, ibadah berbuka pada kali ini tak menjadi "Murtabak Festival", walaupun makanan kegemaran ramai itu masih muncul jua, dalam jumlah yang ala kadar. Ayam adalah makanan pilihan tahun nih. Sebanyak 7 ekor ayam terkorban untuk juadah berbuka, lima deep fried, dua lagi dipanggang. Ayam lagi satu pulak kita biar dier hidup, sebab kalau disembelih, kurang lagi satu tenaga penulis senikata.
Dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, dah macam tradisi, setiap kali ada iftar, mesti ada orang tumpahkan air kat carpet. Tahun lalu, Amelia tumpahkan Coke, tahun nih, aku punya 'turn'. Nih bukan apa, semuanya petanda, seolah-olah karpet kita meraung-raung meminta tolong..... tolong dicucikan. Cuba korang bayangkan, bakteria yang masih lagi diserap dalam karpet tuh sejak bertahun-tahun lamanya. Cebisan daging dan nasi yang dah reput disalut dengan kuman pembawa penyakit, fuhhhhh. Tahun nih 'dorang' pun berbuka sama. Tapi jangan gusar, Saudara Faizul sudah mengistiharkan perang kuman dalam skala besar. Dier akan bawak "carpet shampoo" untuk agenda kita yang seterusnya, "Major Bilik Spring Cleaning" yang akan dilangsungkan selepas raya.
Sebuah mesyuarat kecil juga diadakan untuk mengambil kesempatan kehadiran ahli kerabat. Secara ringkas, ianya bersangkut-paut dengan "show" dikir barat yang akan berlangsung tiga hari sebelum raya. Update untuk show tersebut akan dimaklumkan di "pengumuman".
Talian Rasmi Durbar Dua
Durbar Dua juga dah ada talian rasmi! Jadi sekarang kita akan buat pengumuman "show", latihan, outing dan sebagainya melalui talian tersebut. Setiap ahli kerabat diwajibkan "reply" sekiranya mereka tak boleh hadir, khususnya kalau kita ada show ataupun latihan. Operator bagi talian nih adalah Sdr Sha'ari. Pada awalnya, ingatkan nak 'hire' operator pompuan bersuara sek, tapi memandangkan bebudak dikir nih pantang dengar suara sedemikian, jadi kita tukar dengan suara yang lagi sek..... sek-sa.
Jalan Raya 2009
Nak cakap pasal jalan raya plak. Tahun nih, Jalan Raya Durbar Dua 2009 (JRDD09) akan dikendalikan oleh Sdr Ayam dan Sdr Le Dzar de Francesco. Insha-allah, tak janji, kita akan sewa bas double decker SBS untuk accomodate semua. Fokus kita pada tahun nih adalah rumah ahli-ahli D2 yang baru dan juga rumah ahli yang kita tak pernah jejak. Maklumlah, ada diantara kita nih, mempunyai keluarga yang tak selesa dengan penglibatan anak mereka dalam dikir barat. Jadi, tugas kita, sebagai 'ambassador' pendikir mithali (cheywah), mesti bergaul mesra mengubahkan persepsi mereka. Keluarga yang reda, menjana pendikir bahagia. Sila 'konfirmkan' tempat sebelum takbir raya bergema. Kol organiser dengan segera!
Oklah, setakat disini sahaja kita boleh terbitkan. Untuk butir-butir yang lebih peribadi dalam agenda mesyuarat tersebut, seperti penglibatan kami di Piala Seni Dikir 4 dan sebagainya, sila hubungi Sdr Naz atau Sdr Rezaluntuk maklumat lanjut. Sekian, selamat menjalani ibadah berpuasa! - DurbarNews