Sunday, August 30, 2009

Dwi Durrah Peh Turn Plak
Iftar bagi Kaum Hawa dilangsungkan.

Ahli kumpulan Dwi Durrah sibuk bermesyuarat sambil dipantau oleh orang-orang kuat Durbar Dua, Sdr Rezal dan Sdr Elfee Ismail.

Bishan CC - Setelah Iftar bagi kumpulan Adam, Durbar Dua dilangsungkan, cabangan wanita, Dwi Durrah mengadakan majlis berbuka puasa semalam. Objektif majlis tersebut adalah untuk membincangkan penglibatan mereka di Piala Seni Dikir dan juga untuk mengeratkan lagi silratulrahim antara ahli. Spaghetti yang dibawa oleh Fauziah habis licin. Walaupun tidak ramai yang hadir dalam majlis kali ini, masa yang diluangkan tidak disia-siakan.

Perbincangan pada hari tersebut berligar dalam konsep permainan, pakaian dan komitment para ahli. Walaupun penulis tak masuk campur hal ehwal dalaman Dwi Durrah, dengar dari desas desus, dorang dah bukak "blogspot" sendiri la sey! Fuh, kemain lagi. I feel the competition. Namun begitu, selaku pihak editorial, kami akan memberikan bantuan sedaya mungkin, sekiranya mereka mahu. Akhir kalam, selamat maju jaya kepada Dwi Durrah dalam pertandingan yang akan datang! Lelaman rasmi Dwi Durrah: http://www.dwidurrah.blogspot.com/ (masih dalam tahap permbangunan) - DurbarNews