Perhatian, perhatian...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala puji bagi Allah s.w.t, Tuhan semesta alam, kerana dengan berkatnya, kita masih mampu untuk hidup sehari lagi di atas bumi yang fana ini. Sesungguhnya, Tuhan tidak pernah lupa akan hambanya, cuma terkadang, kita sahaja yang buat-buat lupa tentang kehadirannya. Durbar Dua akan menghantar wakil sempena taklimat Piala KGMS yang akan berlangsung pada 14hb Febuari ini. Dan buat pertama kalinya, Durbar Dua akan menghantar kumpulan cilik dari Sekolah Rendah Edgefield, dibawah naungan Cikgu Ruzaini Ayam, untuk turun bertanding di dalam kategori Si Cilik. Doa-doakan sajalah yer. Sekiranya ada sesiapa yang berminat menyumbangkan masa untuk memantapkan lagi skuad Edgefield, harap anda dapat kemukakan idea dan pandangan ke arah beliau. Sekian, wabillahitaufiqwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
- DubarNews
Lelaman web rasmi Piala KGMS 2009: