-Post shoot feedback
Hai, tak sangka pulak, ada di antara members kita yang ada bakat terpendam. Sabtu lalu, DNN telah mengundang sesetengah kerabat Durbar Dua untuk turun shooting buat iklan. Walaupun skripnya lemah sebab editor tulis last minit, watak-watak yang dimainkan empat pelakon handalan kita boleh dikatakan hidup jugak. Nih semua testing jer. Tergerak pulak hati kecil ini untuk buat klip mingguan berdasarkan empat watak nih di DNN. Mungkin selepas Buluh Perindu, sekadar suka-suka. Editor berpuas hati dengan produk yang disiapkan kerana masa untuk merakamkan adegan-adegan tersebut telah memakan lebih kurang satu jam setengah. Kaduk dan Black begitu menyerlah dalam kecandian dan karisma masing-masing. Kenapa Rezal tak field dorang untuk jadi karut seh (suggestion nih... belum cuba, belum tahu beb).
Alla kulihal, DNN sedang berada didalam proses upgrading, sebab aku baru perasan, sebenarnya banyak elemen di dalam blog nih yang perlu di'update'kan. Walaupun front-page nih kekadang updated, halaman-halaman yang lain seperti sejarah, kalender kita, profil pemain, audio dan video terbengkalai. Lantas, kami di Team DNN ingin membuka peluang ini kepada keluarga Durbar Dua. Dalam erti kata lain, aku perlukan sekurang-kurangnya dua orang lagi untuk menjadi admin dalam blog ini. Sejauh nih, cuma aku dan Amy Search jer. Any volunteers? =)
Oklah, setakat tu jer. Terimalah, bloopers advertisement Piala Buluh Perindu 2009. Bukan main enjoy lagi. Tak kering gusi dibuatnya. Kaduk, prepare... you are going to have your own weekly show..
(sila matikan audio imeem di sidebar)
-DurbarNews