Pertarungan rancak dari wisel pertama sehingga ke wisel penamat
Highlights dari episode Sukan@DNN . Sila matikan audio website di sidebar. Enjoy.
SERANGOON - Sengit. Sekiranya dapat digambarkan perlawanan bolasepak Jumaat lalu dengan satu perkataan, mungkin itulah yang digunakan. Seperti yang dijangkakan, SDP menggunakan kelebihan kekuatan fisikal mereka untuk mendiktasi permainan. Kedua-dua pasukan menurunkan pemain import tersendiri. SDP membawa pemain dari serata kerabat Kelana manakala Durbar Dua telah menggunakan khidmat pemain lincah Cina, Francis. Walaupun perlawanan seri satu sama, kedua-dua pasukan mempu untuk menggandakan jaringan tetapi tuah tidak menyebelahi mereka.
SDP menunjukkan penguasaan bola yang hebat pada separuh masa pertama sehingga kelihatan pemain Durbar Dua terkial-kial dengan rentak yang disajikan pasukan SDP. Gol awal mereka telah memecahkan kebuntuan selepas rembatan asal SDP ditapis penjaga gawang Durbar, Abun, lalu disempurnakan dengan sebuah rembatan 'lob', jauh memperdayakan si Abun. Pertahanan Durbar Dua seakan-akan terkial-kial dengan serangan demi serangan yang dilancarkan kumpulan SDP.
Namun begitu, beberapa pertukaran di separuh masa kedua telah mengubah haluan permainan. Penyertaan dua penyerang lincah Durbar Dua membuahkan hasil apabila umpanan through-ball Botak dikawal Luqman dan disempurnakan secara half-volley 'placing'. Rentak perlawanan tergendala sementara apabila dua kad kuning serta satu kad merah dilayangkan. Tetapi, oleh kerana ini adalah perlawanan persahabatan, pasukan lawan dibenarkan bermain dengan sebelas orang pada separuh masa kedua. - DurbarNews