18 Ditangkap Dalam Kasino Haram.Dah kasino tuh tentu-tentu haram.. mana ada kasino halal?
Warga Myanmar begitu gembira apabila dihampiri wartawan kami. Lima minit selepas gambar nih diambil, kesemuanya diberkas polis.
EAST COAST - Kebahagiaan telah bertukar menjadi duka apabila lapan belas warga negara Myanmar telah diberkas berjudi secara haram di pantai East Coast. Anggota pegawai polis yang berpakaian permen telah menyerbu masuk perkemahan terperinci warga tersebut dengan menggunakan alat senjata canggih seperti yang ditunjukkan di gambar sebelah kiri.
Antara permainan yang dirampas di kasino haram itu termasuk permainan Bingo dan beberapa deck kad pakau. Wang bernilai 29 juta rupiah turut dirampas selepas beberapa percubaan untuk mnyeludupnya keluar tidak menjadi. Apabila didekati untuk wawancara, seorang daripada mereka, X (bukan nama sebenar), yang raut wajahnya mirip dengan maskot Durbar Dua (Black) berkata dalam bahasa natif, "Saya sebenarnya hanya ke sini untuk mencari rezeki yang halal. Maklumlah, IR kat Singapore dah tak menjadi, ingatkan nak buat IR sendiri kat sini. Apa boleh buat, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan."

Kesemua 18 warga Myanmar yang ditangkap tidak mempunyai permit sah, lantas akan ditahan untuk siasatan lanjut. Jika sabit bersalah, mereka mampu disaman sebanyak $150 dan 6 mata demerit setiap sorang. Yer, sepertimana aku terkene saman TP apabila ditangkap melalui kamera 'travelling on the road shoulder'. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada mereka yang menunggang motosikal. Aku tau korang dah biasa, tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya, akan disaman juga, seperti aku. Berat dok... enam point. Moral of the story: Jangan pikir orang tak nampak apa yang kita lakukan...Tuhan nampak... TP pon nampak... pakai kamera...
- DurbarNews