Wednesday, January 7, 2009

Bolasepak

Durbar Kalah Charity Shield
Liputan video & foto - Amzz

Hanya gol pertama sahaja yang mampu dirakamkan. Namun begitu, jika anda melihat ulang tayang, macam tak gol jerrrrrr... Walau apapun, pengadil dah mengesahkan, jadi, SAH!

Sayang seribu kali sayang. Wasted giler babs. Setelah 90 minit bertarung, kita tumpas di tangan Tachabrez FCQ (pronounced 'touch-a-breast'). Match nih, yang boleh dikirakan sebagai charity shield menjelang tahun baru 2009, telah menempatkan Tachabrez FCQ sebagai pasukan underdogs. Mereka merupakan mantan pelajar Maktab Rendah Serangoon yang diundang Cikgu Ruzaini (Ayam) untuk memantapkan lagi tahap mental pasukan kami. Durbar Dua pula telah menurunkan hampir keseluruhan pemain utama terutama pemain paling mahal mereka, Elfee Ismail. Dialah antara pemain paling mahal sebab dia main dua posisi, 1st half sebagai penyerang, 2nd half pulak sebagai penjaga gawang berkaliber tinggi.

Durbar Dua melancarkan serangan seawal minit ke lima dengan hantaran cantik giler babs ke arah satu penyerang nih (aku boleh lupa plak sapa). Gol seawal minit ke lima telah membuat pasukan lawan terperanjat beruk. Belum sempat dorang jamah bola, dah kene bantai. Namun begitu, gol tersebut boleh dikatakan kontroversial sebab pengadil mula-mula tak mengesahkannya. Dia buat sign 'no! no!' Para penyokong Durbar Dua terdiam sekejap selepas terpekik terlolong pada awalnya. Tah macam mana pulak, pengadil buat gesture 'its a goal'. Memang pada pandangan penulis, pada ketika itu, pengadil harus dijitak sebab dia buat orang konpius. Lantas cheerleader Durbar pon sabung pekikan yang kehilangan sebentar. Buat saspens jer.

Nyatanya, gol pendahuluan Durbar Dua bertahan selama lima blas minit sahaja. Larian kencang pemain sayap Tachabrez FCQ, Le Dzar, tidak dapat dihalang pemain pertahanan utama Durbar, Hakim Konstantinidis, lantas membuka ruang untuk Aizattini Milano melakukan tap-in yang mudah bagi Tachabrez FCQ. Kedudukan terikat 1-1 sampai Aizattini melepaskan rembatan kencang pada minit ke 30. Bola, yang tidak dapat dikawal penjaga gawang Durbar, Abun, telah melolos masuk ke dalam gawang. Oh, sayang sekali. Nak pendekkan cerita yang panjang, Durbar kalah dengan tendangan penalti pada lewat perlawanan. Hakim ter'hand-ball' kat touchline. Lantas, perlawanan berakhir, 4-3. Mereka semua penat tapi gembira. Tiba-tiba, Azim terbangun!! "Oh, itu mimpi rupanya...." kata Azim. - DurbarNews