Le Dzar de Francesco
Belum: Aku belum mati lagi. Tanda-tanda nak mati tuh mungkin ler. Azam tahun baru, kene kurangkan merokok (yerla tuh). Cuma sekadar ingin rehat sahaja. Maklumlah, aku nih bukan robot Doraemon yang hari-hari update. Kadar semangat nih, ada kalanya tinggi, ada kalanya rendah. Kalau aku tak update tuh, paham-paham ajalah. Walau bagaimanapun, blog nih satu amanah dan tanggungjawab, dan oleh kerana aku berpegang kepada amanah, kerja sukarela nih aku akan tetap buat dengan ikhlas.
Bukan: Aku bukan lari dari Durbar, seperti mana sesetengah pihak mendakwa di dalam tagboard (adaaaa jer cerita dorang, biasa eh.. eppp). Cuma sekadar berjumpa dengan rakan-rakan seperjuanganku yang sama berkecimpung dalam arena dikir untuk bertukar-tukar pendapat, walaupun mereka berlainan kumpulan. Kita hidup berdikir nih jangan asyik bermusuh. Nak sangat bermusuh? Maka buatlah Israel sebagai musuh anda, sebab mereka dah banyak menzalimi rakyat Palestin yang tidak berdosa di jaluran Gaza. Kami di DNN hanya mampu memanjatkan doa agar genocide di sana dihentikan dengan segera. Pilu rasanya apabila melihat mangsa-mangsa perang, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang baru setahun jagung hidup di bumi ini. They deserve better than that.
Bagus:Bagus jugak orang tegur kat tagboard bila aku tak update, walaupun ada teguran tersebut bertujuan untuk menyakitkan hati. Teguran sedemikian, aku anggap sebagai motivasi untuk sambung menulis kat sini. Secara tidak langsung, teguran tersebut seakan-akan menggambarkan keinginan mereka untuk melihat article-article yang baru. Sama ada untuk kutuk atau sekadar bacaan ringan, tuh terserah. Yang penting, ketiga-tiga moderator tagboard pantas untuk memintas setiap teguran yang berbaur negatif. Kita dader polis tau. jangan main-main k. =)
Bala: Bukan Bala yang main tabla eh, nih bala Tuhan. Seperti biasa, aku nak mendoakan agar bala diturunkan kepada mereka-mereka yang mencemar nama baik kita dalam tagboard. Tak kisahlah aku tak kenal dia siapa. Yang penting, Tuhan mengenalinya dan menurunkan bala. Sesungguhnya, kebencianku terhadap mereka setimpal dengan kebencianku terhadap tentera Israel yang maha zalim. Ish, dasyat tuh, over plak. Oklah, tak serabak tuh. Sebab dorang bukan pembunuh manusia, tapi masih pembunuh. Pembunuh semangat =)
Akhir kalam, selamat tahun baru kepada seluruh penggiat seni dikir barat Singapura. Moga-moga, seni ini tidak luput dalam abad yang akan datang, malah makin membesar dan berkembang ke seantero dunia. Nak tambah jugak. Antara sebab-sebab aku tak update adalah kerana komputer aku selalu mati time tengah converting video. Virus agaknya. Kalau ada sapa-sapa yang boleh membantu, sila hubungi saya yer. Pertolongan anda sangat-sangat diharapkan. Kalau perlu pembayaran sekalipun, aku sanggup. Lebih baik sempurna dari merana. Sekian, wassalam. - DurbarNews