Wednesday, December 10, 2008

Pengembala yang memekik 'Serigala!!!'

Cerita ini ada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia akibat eksiden di lebuh raya (mintak-mintak dia kene). Tiada binatang peliharaan yang cedera semasa cerita ini direka semula.

Pada suatu hari, atau dalam setting yang lebih tepat lagi, pada suatu malam, ada seorang budak pengembala nih, kerja dia jaga kambing mak bapak dia. Walaupun beliau mempunyai sebuah nama, namun begitu, oleh kerana beliau masih budak yang belum baligh mahupun mumayyiz, kita terpaksa merahsiakan nama sebenarnya. Okeh, kita panggil dier Asac. Asac seorang budak yang nakal, dan boleh dikatakan pandai, tapi tak sepandai tupai melompat, cuma sekadar berlagak pandai sahajer. Raut wajahnya pun, fuh, boleh tahan. Boleh tahan teruk jugaklah. Asac bekerja siang dan malam, penat, jenuh, kekadang macam nak dekat pengsan pun ada setiap kali beliau keluar menjaga kambing-kambingnya yang senantiasa berada dalam kelaparan.

Sepertimana yang anda dapat bayangkan, pekerjaan beliau nih memang membosankan. Dahlah si Asac nih malas nak membaca, jadi, masa beliau menjaga kambing-kambing itu dihabiskan dengan bermain PSP. Kadang-kala juga, untuk menghilangkan rasa bosannya, dia dok pegi intip-intip anak dara mandi sungai bersebelahan padang bolasepak yang digunakkanya untuk memberi kambing-kambing makan. Dulu-dulu, part intip-intip anak dara mandi nih semua, dah ibarat seperti bebudak sekarang tengok blue kat handphone, ataupun majalah FHM dan Playboy.

Pada suatu malam nih, beliau rasa bosan yang teramat sangat. Dah tahap asbestos. Jarinya mula menggeletar, bukan kerana kesejukkan, tetapi kerana dah gatal untuk melakukan susuatu. Asac dah gian, dah 'ayam belanda sejuk', ataupun 'cold turkey'. Maka, dalam benak fikirannya, beliau pun terfikir akan 'trick-trick' yang ingin dimainkan kepada penduduk kampung yang sejauh ini, tak bersalah kepadanya. Sajer dia nak kacau kebahagiaan orang sebab pada firasatnya, itulah yang akan membuat beliau bahagia.

"Hmmmm... macam mana aku nak kenekan penduduk kampung eh... Macam gerek gitu kan..." bisik hati kecilnya.

"Ahhh! Aku ada idea best punya! Aku akan pekik 'tolong! tolong! ada serigala nak makan kambing aku! help me!' lepas tuh, guarantee, orang kampung akan kalang kabut. Mesti klaka tahap lawak antarabangsa punyer... ish, aku pandai gila sia.. apasal aku tak masuk NUS eh, padahal, NUS perlukan orang macam aku sia," kata beliau lagi, sambil bercakap dengan refleksinya di permukaan air sungai.

Asac pun apa lagi, mulalah dia pukol canang.. Baiklah, untuk memendekkan cerita yang korang dahpun tahu, orang kampung datang. Abeh dorang bingit ah. Dekni perhal? Orang nak membuta tengah malam dia pi panggil abeh serigala pun takda. Lepas tuh, bila dah datang bawak parang, senapang, si Asac tuh ketawa berdekah-dekah. Bukan sekali, dua kali mahupun dua perpuluhan lima kali, tapi TIGA kali. Bertapa punya kurang ajar dan tidak beretika langsung. Maka, apabila serigala betul-betul tiba, kesemua kambing-kambing Asac dibaham dan dalam cerita rendisi ini, Asac pun telah dibaham sekali, Nordin-white-tiger-style. Pada ketika itu, tiada orang kampung pun yang nak tolong sebab mereka ingatkan si Asac nih main-main jer.

Moral of the Story:

Jangan buang masa orang. Kalau ada masalah yang nak diselesaikan, dan nak panggil orang turun, janganlah buih. Orang lain ada anak bini, ada keluarga, ada kerja. Dunia tak berputar keliling anda. Anda bukan pertengahan axis bumi. Kita semua 'working adults'. Ada tahap kematangan yang memadai. Kecik-kecik dah nak mampus, dah besar menyusahkan orang. Jadi Asac, renungilah kata-kata sepakat kami ini dan telan kenyataan yang pahit, bahawa anda telah mufaroqah dari kumpulan kami dan telah menjatuhkan martabat kami. Anda tidak ada kene mengener dengan kami dan dengan rela hati, kami mengucapkan, wassalam kepada anda, moga-moga Allah s.w.t menurunkan azab serta bala yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan oleh anda terhadap kami.

"Saksi yang pertama, sah?" *angguk, senyum...
"Saksi yang kedua, sah?" *angguk, senyum kambing...
"Alhamdulillah...sah..."

-DurbarNews