melihat kebodohan dalam masyarakat kita?
petikan dari akhbar Berita Harian,
7 Disember 2008
adaptasi dari karangan asal Ismail Pantek (pantek@sph.com.sg)
"Makin hari umat Islam makin ditindas dan dikongkong, bukan oleh orang Cina atau orang India atau Orang Yahudi atau Kristian, tetapi oleh orang Islam/Melayu sendiri." Menurut si penulis, selepas fatwa pengharaman yoga (yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, tetapi kemudian menimbulkan tengkarah yang melibatkan pihak Raja sendiri) akan timbul beberapa fatwa lain, pada masa akan datang.
- Orang Islam akan dilarang mandi di kolam renang awam kerana akan terdapat orang-orang bukan Islam yang memakai pakaian renang yang membuka aurat. Ini boleh menjejas akidah orang Islam. Cara yang paling baik ialah haramkan orang Islam dari kolam renang.
- Orang Islam dilarang minum root bir. Ginger bir pon tak boleh. Sebabnya, ada perkataan 'bir' (maknanya, apa sahaja yang ada kena mengena dengan perkataan bir adalah haram). Ia boleh menimbulkan keghairahan dan kelakuan tidak senonoh di kalangan orang Islam.
- Orang Islam dilarang bermain ping pong atau table tennis kerana ping pong berasal dari negara China dan terdapat unsur-unsur Buddha atau Confusius di dalam permainan tersebut. Ini boleh menjejas akidah orang Islam (sama seperti yoga juga). Sebagai ganti, orang Islam digalakkan main sepak raga atau takraw yang merupakn sukan traditional Melayu (tetapi bola mesti butan Malaysia, bukan dari Thailand).
- Orang Islam dilarang keluar negara kerana terlalu banyak dugaan yang boleh meruntuhkan akhlak dan merosakkan akidah.
- Orang Islam yang bekerja dengan pemerintah dilarang mengambil gaji masing-masing kerana sebahagian besar cukai pendapatan pemerintah dibayar oleh syarikat bukan islam.
Itulah antara fatwa, yang menurut e-mel, akan dibuat oleh majlis fatwa di negaranya dalam bulan-bulan mendatang ini. Anda tergelak membaca kemungkinan fatwa-fatwa baru ini dibuat? Menurut si penulis emel ini, banyak daripada fatwa tersebut akan menjadi realiti jika orang Islam yang berfikiran rasional hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa. "Kita Muslim berfikiran rasional dalam negara ini hanya berpeluk tubuh. Kita biarkan segolongan kecil orang yang berfikiran sempit menguasai kehidupan kita. "Kita, terutama orang melayu, kian menjadi bahan ketawa di seluruh dunia. Kita terlalu terbawa-bawa dengan perkara-perkara remeh-temeh."
"Begitu banyak perkara penting yang masih perlu dilakukan, mengapa pihak fatwa kita membazirkan masa mereka dengan perkara-perkara kecil... isu tomboy, yoga, dan sebagainya? Mengapa kita tidak pernah dengar apa-apa daripada pihak pembuat fatwa tentang keadilan sosial, membasmi rasuah dan kemiskinan, melindungi ibu tunggal, membantu yang miskin, mendidik ummah, melindungi alam sekitar atau memastikan keadilan dalam masyarakat? Jika anda memilih untuk berdiam diri, itu hanya bermakna anda bersetuju dengan apa sahaja yang sedang berlaku sekarang. Dan janganlah salahkan orang bukan Islam atas semua kesusahan kita. Kita sendiri yang memintanya berlaku demikian." - Berita Harian
Editor's footnote: Sayangnya, Ismail Pantek tidak mengupas mauduk ini dengan lebih mendalam atau memberikan pendapat beliau secara objektif. Isu ini dibahaskan secara 'touch-and-go', malah, beliau meminta pandangan para pembaca untuk diluahkan secara tulisan ataupun emel. Alla kulihal, moga-moga tergerak hati anda untuk memberikan maklum balas kepada artikel beliau. - DurbarNews