Saturday, November 15, 2008

white tiger mengganas sebab ianya diganasi

Harimau Putih Mengganas !!!

Aku agak dah ramai tahu pasal cerita nih. Seorang warga Sarawak, Nordin Bin Montong, telah meninggal akibat diserang harimau putih di Taman Haiwan Singapura. Beliau, yang dipercayai ada sikit 'sot', kelihatan membuang alat pemotong daun dan kupon-kupon makanannya ke dalam tong sampah sambil mengatakan, "Babai, aku dah tak perlukan kau lagi.", sebelum peristiwa tragik itu berlaku.

Pada mulanya, menurut saksi-saksi yang merupakan pelancong dari seberang, beliau melempar barang-barang ke dalam exhibit harimau putih. Dahlah tuh, dia boleh pegi panjat pagar gelas setinggi 1.5m. Dah tuh, dia berenang ke arah tiga harimau putih lalu mencucuk-cucuk harimau tuh dengan batang penyapunya. Harimau tuh pun apa lagi, dengan tapak sebesar gong dikir barat, ia pun sepak si Nordin nih. Maka beliau rebah lalu berdarah. Tapi, beliau sempat amek baldi untuk menutup mukanya. Kita tak pasti apa motifnya, tapi sekiranya aku ada di situ, aku lebih rela tengok dia tutop muka dengan baldi daripada melihat wajah asalnya. Seram weiii.

Serangan tidak habis di situ, lepas tuh plak, harimau tuh boleh gigit kat tengkuk dia. Ini dah kira game over, sebab, harimau nih ada gigi yang diberi nama 'canines'. Gigi nih tajam dan panjang, macam pisau. Jadi kalu dia gigit, alamatnya, urat jugular anda akan putus dan darah akan terpercik-percik. Rabak joy. Nih da kira kes terlambat. Walaupun zoo keeper lain dah halau menantang tuh, Nordin dah tak boleh diselamatkan. Moral of the story. Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang harimau, mati. Kita ada juga tanya pendapat kerabat, kenapa beliau memilih cara begini untuk membunuh diri sebab nampak mcm sakit giler babi. Jawapan dorang? "Kalau mati terjun bangunan cepat sangat. Nih lagi glamer dan beliau akan digelar legend dok." Memang... tak sensitif langsung..

PS: Maaf sekiranya kami menyinggung sesetengah pihak sebab nih kita bebual pasal org yg dah mati. Tapi, berita nih hangat sangat, dah jadi bahan perbualan orang ramai, jadi kita pon sentuh sipi-sipi la yer.. - DurbarNews