Durbar Athletics Tewas Lagi
Encik Rooz, yang tidak pernah lokek dengan makian mahupun cacian, jelas kelihatan menghamburkan berbalang-balang tomahan kepada para pemainnya yang kurang suntikan semangat. Apakan tidak, para pemain Durbar Athletics kelihatan lemah dari segi fisikal. Ramai pemainnya mengalami masalah kegemukkan lantas kurang stamina untuk mengejar bola. Bukan itu sahaja. Half-time pulak tidak digunakkan untuk berehat sepenuhnya dan masa yang ditetapkan digunakkan untuk merokok. Bukan itu sahaja, Encik Rooz pun join sekali. Ibarat kata, cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari. Tak dapat bayangkan pulak kalau pemain Durbar Athletics kencing berlari. Mesti kecoh dan tak senonoh...
Satu-satunya penyerang berbisa Durbar Athletics, yang juga merupakan selebriti bolasepak pada tahun 1970an, Apumaniam, tidak lagi kelihatan seperti dahulu. Dahulunya, dia macam George Best, lari pusing-pusing pun bola masih melekat. Sekarang? Dah jadi mcm George Best punya datuk. Namun begitu, cahaya media tetap menyuluh ke arah Encik Rooz yang menghitung hari untuk dipecat. Bilakah agaknya beliau akan dibuang kerja? Mungkin hari ini, mungkin besok, mungkin lusa, mungkin tulat, mungkin sehari selepas tulat, atau lusa lepas tulat atau mungkin... tulatnya tulat. - DurbarNews