Gol Kontroversi Menimbulkan MarahVideography: VidEdDNNStory by: LDDF
(seperti biasa off audio yg ada di sidebar)Liputan live dari Sengkang. Tengok ending dia yang rabak giler - Amy
SENGKANG - Perlawanan persahabatan antara Durbar Athletics dan Melayu Singapura berakhir dengan dua sama. Kedua-dua pasukan tidak dapat memecahkan kebuntuan di separuh masa yang pertama angkara semua main takut-takut. Penyokong kumpulan masing-masing kelihatan bosan sehingga ramai yang didapati tidur selepas perlawanan berlangsung selama setengah jam. Pengurus pasukan Durbar Athletic, Encik Rooz juga tidak kelihatan, lantas menimbulkan rumusan bahawa beliau sudahpun dipecat pengarah kelab bolasepak berkenaan.

Pada separuh masa kedua, gandingan Black dan Tauhid hanpir membuahkan hasil apabila kedua-dua rembatan kencang Black terkena palang gol. Pada minit ke 80, rembatan kencang Balck akhirnya menemui sasaran, dua kali plak tuh, walaupun gol itu dianggap 'tyco'. Gawang gol pasukan tuan rumah tergugat sementara apabila pasukan Melayu Singapura menggantikan David Beckham dengan pemain yang baru dibeli dari Home United, Kamal. Walaupun agak baru menyesuaikan diri dengan rentak permainan Melayu Singapura, beliaulah yang menjadi penyelamat pasukan tersebut dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit terakhir perlawanan.

Namun begitu, reaksi penyokong terhadap gol yang dijaringkan begitu ganas kerana menurut ulang tayang, bola tidak melewati garisan, tetapi disahkan penjaga baris. Para penyokong begitu emosi sehingga mencampakkan tong sampah dan botol ke arah para pemain pasukan pelawat. Tatkala di saat itu, Pasukan Polis Singapura perlu dipanggil untuk campur tangan. Penyerang berbisa, Kaduk Kopperfield sedang ditahan kerana beliau dengan tidak sengaja meng'kung fu kick' seorang penyokong sebagai tindak balas, ala Eric Cantona. Seluruh team Durbar Athletics sedang membantu polis dalam siasatan lanjut.
- DurbarNews