Tuesday, September 2, 2008

puasa dok, jangan tak puasa...

- Bersama, Dr DNN
Majoriti umat Islam, baik kat S'pura tau kat seberang berpuasa atas sebab-sebab keagamaan, sebab ianya tertulis didalam Al-Quran, bukan kerana kesihatan. Namun begitu, ramai yang tak tahu, kesihatan kita akan bertambah baik sekiranya kita berpuasa. Puasa secara itlak telah digunakan manusia untuk memperbaiki kesihatan serta menurunkan berat badan. Tidak semua puasa itu baik. Puasa secara totalitarian (crash diets), tanpa makan dan minum untuk beberapa hari, mendatangkan risiko yang amat tinggi. Bezanya puasa secara Islam dan totalitarian adalah, puasa 'kita' tidak menitik beratkan tambah kurang kalorie. Walaupun secara am, pengambilan kalorie dalam bulan Ramadhan berkurangan, kita masih boleh menghadam apa saja makanan yang dihidangkan. Macam takder beza plak.

Tapi, apa yang membuat puasa kita special skit adalah masa kita makan. Kita akan ketinggalan makan tengah hari, sahur di awal pagi, dan buka time maghrib. Dalam masa kurang lebih 14 jam, badan kita akan merasa kekurangan air. Apabila ini berlaku, konsentrasi cecair dalam badan kita akan bertambah. Kajian juga telah menunjukkan, fenomena 'slight dehydration' ini dapat memanjangkan usia, terutama sekali pada tumbuh-tumbuhan.

Secara jasmani pula, puasa dapat mengurangkan kadar kolestrol. Ini dengan tidak secara langsung akan kurangkan darah tinggi. Lantas, puasa amat ideal untuk mengubati penyakit, seperti kencing manis (non-insulin), kegemukkan dan hypertension. Pada tahun 1994, sebuah kongres kesihatan telah diadakan di Casablanca untuk mengkaji sebarang kebaikan atau keburukkan puasa. Sebanyak 50 hasil kajian telah disemak. Rumusannya, puasa tidak mendatangkan sebarang kemudharatan, tidak membuat seorang pesakit itu jatuh lebih sakit. Tetapi, para pesakit yang menghidapat penyakit rabak giler, seperti kencing manis (insulin), batu karang, sakit jantung (coronary artery disease), tidak haruslah berpuasa. Kang mati, sapa susah?

Secara psikologi, puasa mendatangkan perasaan tenang, baik di hati ataupun ketenangan minda. Kecerdasan seseorang pula akan bertambah (senang tulis lirik). Seorang itu tidak akan senang bingit. Ini adalah kerana kadar gula di dalam badan lebih rendah, lebih stabil, jadi kalau nak marah-marah pun 'tak kuasa'. Natijahnya, puasa mendatangkan lebih banyak kebaikan dari keburukan. Tapi, masih ada manusia yang malas nak puasa dengan memberikan sebab-sebab atau alasan yang mereka fikir afdal. NS la, gastrik la, kerja angkat besi la. Harus diingatkan, tak pernah ada cerita manusia mati pasal puasa. Sedangkan pada zama Rasulullah pun, Nabi berperang dalam keadaan puasa, inikan pula kita yang hanya berpeluh sedikit sahaja. Jadi, DNN berharap, kerabat Durbar akan dapat puasa 'full', 30 hari, unless, korang datang 'kotor', maknanya, 'batang berdarah'. - DurbarNews