Tuesday, August 5, 2008

Takda kerja cari kerja

Senyuman manis maskot kegeraman(bukan kegemaran) ramai...

Singapura - Alkisah, setelah penat bertraining di Bishan CC, penulis diberikan kesempatan sekali lagi untuk mengekori kerabat untuk membuat liputan sesi melepak selanjutnya. Maklumlah, penulis jarang melepak bersama kerabat kerana bapak penulis garang giler dan tak kasi keluar sampai pepagi buta. Expedisi ini telah dilakukan secara konvoi beramai-ramai diiringi lagu aiskrim yang dimainkan van Usop sempena perjalanan kami.

Pitstop yang pertama merupakan salah satu tempat kegemaran pasangan-pasangan yang belum berkahwin untuk bermesra. Tempat itu adalah tidak lain dan tidak bukan, di Mandai Rd, tempat bersebelahan sebuah tasik indah. Tempat yang pada suatu ketika dahulu sunyi terus dicemari dengan suara-suara kerabat yang bising giler setibanya mereka di sana. Kebisingan yang terlalu mendadak telah membuat beberapa couple-couple yang hadir untuk 'romantic getaway' untuk beredar kerana tidak lagi berasa selesa dengan kehadiran kami. Dengan tidak secara langsung, kita telah mencegah maksiat yang bakal berlaku di tempat itu. Alhamdulillah. Namun begitu, kerabat tidak menghabiskan banyak waktu disitu kerana cuaca yang amat bahang. Lantas, tidak banyak aktiviti yang mampu dilakukan. Kerabat sekadar 'testing-testing' harmonisation beramai-ramai di dalam gelap kerana aktiviti ini diharamkan didalam bilik latihan, sebaliknya dilakukan secara rahsia diluar, hanya untuk melepaskan gian 'harmonisation'.

Pitstop yang kedua pula merupakan tempat yang agak terang sedikit dan berangin. Tempat ini adalah di Yishun Dam. Setibanya kerabat Durbar disini, timbul perasaan bosan yang teramat sangat. Dahlah tak bawak makanan, lepas tuh kehausan. Lantas, untuk menghiburkan hati masing-masing, sebuah pertandingan ala Subaru Challenge telah diakan. Seramai empat buah peserta telah memasuki acara in-prom-tu itu dengan hanya membayar yuran sedolar seorang. Johan acara itu bakal membawa pulang wang tabung $4. Acara bermula dengan begitu baik. Keempat-empat peserta menunjukkan resistance yang padat dan teguh. Akan tetapi, pada minit yang ke 15, Nazri surrender kerana kelenguhan tangan. 13 minit kemudian, bapak penulis telefon dalam keadaan marah giler babs. Lantas, liputan DNN berakhir di situ sahaja kerana penulis terus pecut balik kerana takut disumpah mak bapak. Jadi, sampai sekarang, aku tak tau sapa menang $4 tuh. - DurbarNews