Di sebuah sudut yang gelap...
Toa Payoh - Buat julung-julung kalinya, penulis telah diberi kesempatan untuk memasuki sebuah kelab cuci motor yang elite selang beberapa hari yang lalu. Kehadiran kelab ini merupakan sesuatu yang baru dan tidak diketahui ramai kerana ianya terbuka hanya untuk ahli-ahli Durbar yang memiliki motor. Untuk memendekkan cerita yang panjang, mereka dah lama buat kerja nih sejak kurun yang ke sembilanblas. Cuma aku jer yang tak tahu. Walaubagaimanapun, sesi cuci mencuci ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga dua buah van delivery kepunyaan Usop dan Apu pon join sekali. Bak kata pepatah Kunch, "First time-first time jer kau semangat nak cuci motor. Kalau dah season macam aku nih, ko lap lap jer. Nanti jadi cantik macam motor aku."
Sesi lepak itu diteruskan dengan diskusi lirik yang belum lagi disiapkan untuk semi-final. Namun begitu, diskusi tersebut tidak berkekalan kerana Usop dan Nadiah telah membawa pizza yang enak lagi mengancam sehingga kita terlupa sebentar perbincangan lirik sambil menjamah dengan kelahap pizza tersebut. Apu pula keluarkan potato chips dan air hundred plas. Lantas, sesi ini sudah diibaratkan sebagai sebuah picnic 'in-prom-tu'. Motor ke mana, lirik ke mana. Syabas Durbar! - DurbarNews