DIKIR NORTHBROOKS dapat pujian sehh!
YISHUN - Sementara ramai di antara abang-abang mambang Durbar sedang bertungkus lumus menjalani latihan untuk Mega, mungkin ramai yang tidak tahu perkembangan di sebalik Northbrooks Secondary, sekolah yang dibimbing kumpulan dikir barat kami. Rasa-rasanya da lama kita tak update pasal diorang (actually tak pernah pon). Northbrooks berkesempatan untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan Inter Racial and Inter Religious Music Dance Competition (nama comp yang panjang giler) anjuran OnePeople.sg.
Tukang karut dia pulak budak Cina sementara lirik merupakan campuran lingua melayu, cina, inggeris serta india. Alhamdulillah, tersampai juga hasrat kita serta guru-guru Northbrooks untuk meluaskan dan berkongsi kegembiraan berdikir bukan sahaja kepada yang sudah tahu, malah yang hendak tahu. Lebih manis lagi, ianya dilakukan tidak mengira bangsa dan agama (ceh, mcm national day..). Memang tidak dinafikan, secara teknikal, memang mereka kurang menyerlah, namun begitu, mudah-mudah, berkat semangat mereka serta taktik-taktik kita 'ampu' skit ngan judge, insha allah, boleh menang punya. Northbrooks, kita caya sama lu! -DurbarNews