Bishan - DNN ingin mengambil kesempatan ini untuk men'showcase'kan tiga Bangla yang telah mengambil masa untuk menyumbang bakat dan tenaga kepada kumpulan kita. Yerla, korang pon sumbangkan bakat dan masa jugak tapi dorang nih bukan selalu turun. Dan, bakat dorang pun tak semua boleh buat atau dalam bahasa Inggerisnya, 'reciprocate' (pronounced re-si-pro-kate). Jadi mempersembahkan MEN (bukan man) OF THE MATCH kita:

Sampai sekarang, kita pun masih tak tahu nama penuh dia. Mr Bala memang telah lama berkecimpung didalam arena paluan klasikal dan kontemporari di Bishan CC. memang selalu nampak jugak, tapi kita jarang tegur. Sebelum ini, kita cuma pernah bergabung sekali saja. Itu pun kes paksa. Dia mintak kita main kompang. Idea untuk memanggilnya bergabung dalam comp memang tidak pernah terlintas di lubuk hati kerana beliaukan dah kawin, ada commitment, abeh nak suroh dia dikir barat lagi, mesti kene maki punya. Tapi, kita beranikan diri jugak, dan alhamdullillah, beliau pun 'ok-go'. Seorang perfectionist dan penyabar, beliau tak henti-henti memberikan tujuk ajar dan idea-idea alternatif yang berbeza. Tapi kekadang melampau plak. Ikhlas dari kami di DNN. Thanks ar Bala...

Man of the match yang seterusnya, sapa lagi.. asyik dia jer. Cheywah. Memang pada kali ini, Elfee secara terus terang mengulas bahawa ini bukanlah persembahan terbaiknya. Mungkin kerana kekurangan bar untuk tarik-tarik suaranya yang superhuman. Namun begitu, ketentuan bukan di tangan kita tapi si empuNYA, dan Elfee sekali lagi berjaya membawa pulang trophy dan gelaran 'juara terbaik'. Sekalung budi kepadanya kerana sudi main comp dengan kita. Last comp pun sama, cuma lupa nak mention jer. Cheywah, kemain lagi. Belum start nyanyi orang dah panggil-panggil nama dia. (Ada satu part nih org pekik, "Baik ar anak Ismail!". Part tuh aku pun
perasan sekejap sebab aku pun anak Ismail pe.. Ismail Hassan ar, bukan R Ismail) Al-maklumlah, artist tanahair tercinta. Sekali lagi, dari kami di DNN, Thanks ar Elfee! Akhir kalam, jangan serik main comp Fee!


Dan seterusnya, orang nih kita mesti congratulate, kalau tak, website tutup (heh, action jer). Dia tidak lain dan tidak bukan Chong kita yang berwibawa, Encik Rezal. Apa gunanya ada Mr Bala, ada Elfee, ada awok-awok best, tapi takder orang yang mengaturkan set dari atas sampai bawah? Sepertimana yang korang nampak kat gambar sebelah nih, beginilah cara beliau manage Durbar 2. Kes marah-marah sayang punya. Sekejap marah, sekejap sayang, kira macam 'tough love' gitu. Dan tidak lupa kepada semua awok-awok, paluan, briged sokongan moral (Wifes and Girlfriends), peminat (khususnya di Afrika), terima kasih atas sokongan anda. -
DurbarNews