Tuesday, June 24, 2008

BERITA TERKINI

Layar Citra DIKIR 2008 - Tempat KETIGA
Bangla-bangla yang bercuti bersiap sedia untuk mulakan persembahan mereka.
Siglap South - Durbar 2 telah berjaya menyandang tempat ketiga didalam Pertandingan Layar Citra Dikir 2008 anjuran bersama kumpulan Kelana Purba dan MAEC Siglap South. Kemengan tersebut merupakan satu langkah yang mendadak serta berani kerana pada kali ini, Durbar Dua terlah mempersembahkan set di luar 'comfort zone' mereka. Penukaran strategi pada kali ini selaras dengan impian Durbar 2 untuk melangkah ke peringkat akhir di pertandingan Mega Perdana. Dan, buat julung-julung kalinya, mereka telah menggunakan khidmat Bala Tabla untuk syncronisekan dan memberikan suntikan paluan klasikal India.

Tema yang dikupaskan Durbar 2 membawa cerita seorang Bangla, Rosyam, yang mengimpikan kehidupan yang lebih baik di Singapura. Dengan menggunakan 'oh-ah-pey-ah-som' sebagai metaphor membuat pilihan serta keputusan, mereka telah membawa set ini, ala-ala Hindustan-hey. Pada hari itu (cheh, mcm karangan primary school), empat buah kumpulan juga membawakan kupasan tema dengan cara 'oh-ah-pey-ah-som'. Orang yang paling gembira dengan pertukaran ini adalah tidak lain dan tidak bukan, maskot kegeraman ramai (bukan kegemaran), Encik Black. Beliau mengulas, "Fooyoo, mesti ar happy giler. Finally, korang main cara aku. Aku actually da lama ada idea nih, da pernah perform pon, cuma bukan dengan korang jer."

Tempat pertama Layar Citra Dikir 2008 jatuh kepada kumpulan Keris, yang merupakan rakan ar-ka-liao Durbar 2. Mereka pula membawakan set ala Afrika. Mugcow... Ada jer idea dorang... Tempat yang kedua pula jatuh kepada Si Anak Seni, yang secara kebetulan, juga membawakan set ala India (Bangra). Akhir kata dari kami di DNN, "dah menang jangan lupa kawan haaaa". - DurbarNews
Permarkahan (click link):
ihsan: