Thursday, March 20, 2008

KEMENANGAN KITA BERSAMA

"Yaaaaaayyyyy!! Kita best!!!!", itulah yang mungkin diungkapkan oleh mereka sambil bersorak dengan gembira

Yio Chu Kang - Gandingan Durbar Dua dan Keris telah membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila salah satu daripada dua kumpulan yang dihantarkan, DKBer2, telah mengukir kejayaan manis dengan menduduki tempat ketiga dalam Pesta Senandung Rakyat 2008, anjuran Kumpulan Dikir Barat Andika.

Gandingan yang mengetengahkan 14 awok-awok terbaik baik dari suara, ragam, mahupun kehenseman, jelas memberikan mereka advantage yg substansial. Dengan bertemakan lagu Arab dan pakaian serba kearaban (tapi awok-awok melayu habis), mereka berjaya menambat hati para juri dengan set yg unik serta mampat dan menyeramkan. Kegembiraan jelas terpancar di muka-muka ahli 'I love DK' kerana dapat mengongsi kejayaan tersebut.

Namun begitu, apabila ditelaah lagi, apa yg boleh dianggap 'wasted', adalah pembahagian markah, yg menunjukkan bahawa kumpulan DKBer2 telah kehilangan sepuluh mata akibat membawakan set yang terlalu panjang. Sekiranya mereka dapat mengatasi faktor masa, memang 'confirm' menang punya. Kejayaan ini sudah pasti satu kenangan manis untuk DKBer2.

Di khemah yang lain pula, DKLagi hanya dapat menduduki sekadar tempat ke sepuluh dalam pertandingan ini. Walaupun begitu, DKLagi tampak lebih enjoy kerana mereka membawa set yg lebih ringan. Ia juga merupakan debut bagi salah seorang personality terkenal didalam pasukan Keris, Encik Obek, yang telah sekian lama tak dapat selected, tapi dapat main untuk comp ini. Beliau mengulas dengan nada sedih bercampur gembira, "Memang gua heppi giler dok. Finally, FINALLY!!! Acam, next comp combine lagi kapak?" kata beliau sambil mengenakan cermin mata hitam yang cute berpasang dengan badan beliau yang agak cute jugak. Bak kata pepatah Perancis, "Jou Jou pour Love United", atau dengan kata lain, "dah menang jangan lupa members beb". - DurbarNews