Monday, March 17, 2008

I LAP DK... U LAP?

Model-model baju terbaru koleksi designer setempat kita, MrBiggy, Rayshi Pte Ltd, tajaan duit sendiri. Dapatkan T-shirt anda SEKARANG!

Rayshi - Sempena pergabungan kedua-dua kumpulan dikir barat, Keris dan Durbar Dua, Rayshi Pte Ltd telah sekali lagi mengeluarkan design terbarunya untuk competition Andika. T-Shirt yang diberi nama "I love DK" adalah singkatan akronim "I love Durbar Keris". Penulis agak hairan dengan design tersebut memandangkan designer baju tersebut (Biggy agaknya) telah mengambil masa yang agak lama yaitu kira-kira sebulan untuk melakarkan design tersebut. Last-last, design simple jugak. Ini telah menimbulkan rasa ragu-ragu dikalangan bebudak Dikir Berdua dan Dikir Lagi. Andaian ini telah dikenal pasti selepas DNN diberitahu bahawa ramai dikalangan bebudak kita yang malu hendak mengenakan baju tersebut dalam perjalanan menuju ke Bishan CC. Sehinggakan nak pergi toilet kat Yio Chu Kang CC pun mesti berdua.

Encik Khai Keris, seorang awok veteran berkata, "Mugcow, dah bebulan-bulan design, last-last design keluar macam gini pulak. Tuari aku tengok design kemain style-style lagi. Apa jadi dengan design-design tuh?" Walaupun sentiment sentiment negatif berkenaan hal baju banyak berligar di sekitar ahli-ahli kumpulan, ianya tidak bertahan lama kerana selepas melihat ramai yang mengenakan baju yang sama, secara automatis, semua pun ikut jiwa. - DurbarNews