Wednesday, January 16, 2008

SELAMAT JUGA AKHIRNYA


Inilah wajah penuh kegirangan selepas mereka diselamatkan pasukan Keselamatan Diraja Durbar.

PULAU UBIN - Lima belia serta beliawanis diselamatkan daripada bencana alam semalam apabila mereka dijumpai dalam keadaan penat dan tidak bermaya selepas sesat didalam hutan selama sepuluh hari. Mereka, yang dijumpai di selatan Pulau Ubin dalam keadaan masih berbaju dan bermekap masih lagi kuat untuk berjalan dan mengayuh basikal.

Kelima-lima belia tersebut telah pergi ke Pulau Ubin Ahad lalu untuk beriadah dan bersuka-ria sebagai aktiviti hujung minggu apabila bah melanda di serata kawasan. Abikat daripada bah itu, mereka kehilangan navigasi dan tersesat jalan. Namun begitu, mereka dapat hidup apabila arus bah membawa mereka ke daerah kebun nipah. Sepertimana yang anda ketahui sekiranya anda belajar sains tahap gred 5, pokok nipah mengeluarkan buah yang boleh dibuat 'atap chee', sejenis buah yang dimaniskan dengan gula dan digaul dengan ice-kacang untuk membuat proses pemakanannya lebih sedap.

Lantas, mereka berlima hidup selama sepuluh hari hanya berbekal buah pohon nipah dan air hujan. Selepas itu, Adam dan Siti pergi berjalan-jalan di pantai sambil menyanyi-nyanyi untuk menghilangkan kebosanan. Apabila ditemu ramah, Adam berkata, "Yer, memang benar, kami dah macam nak give up. Tapi apakan daya, belum ajal kita. Alhamdulillah, selepas beberapa hari, pasukan penyelamat datang juga. Da lama aku tahan nak buang air besar. Maklumlah, sini takda toilet. Ikutkan hati aku nak go jer merata, tapi macam tak 'feel' ah. Masuk hari nih, dah sebelas hari aku tahan". -DurbarNews