Sunday, January 13, 2008

JARINGAN APUMANIAM SELAMATKAN MARUAH

Penjaga gawang kedua Royal Antwerp FC mengambil tendangan gol.

MOSCOW - Terima kasih Apumaniam. Itulah yang barangkali diucapkan pengurus pasukan Dinamik Durbans, Encik Mat selepas pertukaran lewat dibuatnya dengan memasukkan penyerang nombor satu dunia, Apumaniam. Pertukaran selewat 90++ minit itu telah mengubahkan keadaan selepas beliau menjaringkan gol sulung mengatasi kelab Belgium, Royal Antwerp FC dalam pertandingan Liga Juara-Juara Hampeh 2008.

Pada mulanya, keadaan cuaca yang sejuk dan berkabus angkara musim sejuk telah mengancam untuk menundakan perlawanan. Namun begitu, setelah berkonsultasi dengan beberapa pegawai FIFA serta presiden FIFA sendiri, Encik Sepp Blater, beliau telahpun memberi "go-ahead" untuk meneruskan perlawanan bertaraf dunia itu.

Dinamik Durbans telah melakukan serangan demi serangan sejak wisel pertama dengan menggunakan khidmat penyerang veteran, ZelMON yang lebih selesa dengan panggilan MONster oleh sesetengah penyokong-penyokong Dinamik Durbans yang fanatik. Percubaan beliau di minit ke 15 terkena palang sebanyak tiga kali. Rembatan kencang oleh star midfielder Ja'par Onn juga terkena palang pada minit ke 35. Percubaan pada minit ke 56 oleh Marco Biggy menimbulkan huru-hara apabila tendangan beliau terkena kepala penjaga gawang pasukan berlawan, Din Danker. Tendangan itu mengakibatkan Din Danker pengsan selang beberapa minit lalu perlawanan terpaksa dihentikan buat seketika untuk memberi laluan kepada doktor yang merawat.

Perlawanan dihentikan sekali lagi pada minit ke 78 apabila seorang peminat fanatik lari masuk ke padang dalam keadaan bogel. Beberapa pegawai polis cuba untuk mengejarnya tapi tidak berhasil kerana beliau terlalu laju. Namun begitu, keadaan sedemikian tidak menghambat semangat pasukan tuan rumah untuk menang. Kemenangan itu bermakna Dinamik Durbans adalah juara kelab Dunia. Dengan itu, mereka membawa pulang hadiah cuti sepuluh hari sepuluh malam di Bintan serta penginapan percuma di hotel dua bintang pilihan mereka. -DurbarNews