Monday, May 9, 2011

Testing Out of New Systems

SINGAPORE - Responding to Prime Minister Lee Hsien Loong's remarks on Wednesday that Opposition parties would not make the effort to field good minority candidates if not for the Group Representation Constituency (GRC) system, Singapore People's Party candidate Benjamin Pwee argued yesterday that this was not the case.

Friday, September 24, 2010

This Is A Test Post


Our boys from Keris Movements, Keris, joined 12 other groups in the Mega Perdana 2010 - Finals, last Saturday at the Mediacorp TV Theater. It was the first time after many years that 12 groups, instead of the normal 8, participated in the finals due to the new system of separating the girls and boys categories in the qualification and semi-final stages.

Tuesday, August 10, 2010

Episode 1: Marah
Abang posa. Adek tak posa. Memang nak kena.

Maka begitulah berakhirnya episod kita yang pertama. Episod yang kedua belum shooting lagi. So far, dah ada Sally dan Mona yang volunteer. Kami perlukan 3 orang lelaki lagi. Ada sesiapa yang berhajat, sila PM saya di Facebook.

Oh yer, sebelum saya terlupa, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua, selamat menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah, Ramadhan. Moga-moga kita mengisi bulan ini dengan ibadah yang berlipat ganda. Puasa, jangan tak puasa. Hampeh ler kalau tak puasa. Unless uzur, atau kurang sihat. Jangan buat-buat tak sihat pulak. Kita tak tahu, tapi Tuhan tau. Ok, stakat nih jek. Kalau ada apa-apa komen, buruk atau baik, sila letak kat bawah nih. Kami sudi membaca dan mengambil kira idea-idea serta ngomelan anda. Minum air sambil menyelam, sekian wassalam. - DurbarNews

Tuesday, August 3, 2010

Trailer "Ingat Buat Taubat"
Sebuah siri cyber drama baru yang bakal menjelang

Jangan lupa saksikan "Ingat Buat Taubat", dua kali setiap minggu, sepanjang bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Buat masa nih, copy/paste trailer nih kat semua orang yang anda kenali menerusi Facebook, MSN, Twitter ataupun email! Up next, behind the scenes footage of making the trailer! -DurbarNews

Wednesday, July 28, 2010

What Telah Happen?
Pertandingan yang diselubung pelbagai persoalan
Nih video hiasan. Takder kene mengener dengan post kat bawah.

Ingat lagikah anda perihal pertandingan video yang dianjurkan Team DNN beberapa bulan yang lalu? Alah, yang 1st prize dier $100 tuh lah. Mula-mulanyer semua semangat. Semuanya sibuk memerah otak untuk menghasilkan video-video yang menarik. Yang kelakarnya, semua ahli kerabat dah pakat-pakat sesama sendiri, dah buat team sendiri pun, ada yang sampai nak pakai artis, tidak kurang pula yang ingin mendapatkan khidmat si cilik, Hazziq, maklumlah, semata-mata untuk mendapatkan 'easy money'. Team DNN pun tumpang gembira sebab ada penaja yang sudi menghulurkan sumbangan.

Tapi masalahnya dengan penyumbang misteri nih (nama gelaran beliau adalah Mr Sunshine), beliau tidak mahu mendedahkan identiti sebenarnya kepada penulis. Haiz, kalau macam tuh, susahlah. Penulis nih pulak, pada masa tuh, memberikan kepercayaan kepada si misteri nih, sampai sanggup memberikan maklumat bank peribadi. Walaupun hal sedemikian yang merasakan bahawa tindak-tanduk penulis dianggap bodoh, tah kenapa, saya memberikannya kepercayaan sepenuhnya. Apakan tidak? Niat beliau baik, cara beliau menyampaikan hajat melalui email adalah jujur dan tersusun. Cuma identiti jek beliau rahsiakan.

Tunggu peh tunggu untuk mendapatkan emel balas, kesudahannya, tak sampai-sampai. Emel demi emel yang saya sampaikan pun tidak berbalas. Seolah-olah, Mr Sunshine telah melesapkan diri dari dunia siber. Duit pun tak masuk. Apa nak buat, kita pun reda jerla.

Nak cakap menyesal sebab berikan nombor bank peribadi, taklah jugak, sebab transaksi tidak dapat dilakukan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran penulis. Cuma rasa hampa jek. Pertandingan ini telah hilang serinya. Projek terbengkalai. Nak jugak lihat ahli kerabat buat video giler-giler. Asyik penulis jek yang buat. Tapi apakan daya, bukan rezeki. Insya Allah, dalam masa mendatang, kalau ada duit lebih sikit, pertandingan ini akan dihidupkan semula. Tapi biler? Entah, munkin next year. - DurbarNews
Short Updates
Dah puas rehat la kan

Jangan marah joy! Naik shiok pulak
aku rehat dari blog. Sampai dua bulan. Sampai ada yang cakap "tiap-tiap kali aku tengok blog ko, macam nak tumbuk skrin." Hehehe. Bukan apa, wahai penggelungsur budiman. Kalau nak kasi alasan memanglah banyak. Antaranya:
  • Laptop sekolah kene kasi balik, sebab 'on-loan'. Jadi biler laptop kesayangan takder, maka timbullah rasa 'frust' sebab tak boleh buat video.
  • Sibuk dengan practicum (Alhamdulillah, dah habis pun. Lulus!)
  • Menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru di sekolah.
  • 'Frust' tak dapat main Mega Perdana 2010. Lagu D'Tour sedap plak tuh. Hampeh!
  • Kehilangan 'mojo' ataupun daya kreativiti serta semangat yang jitu.
  • Bingit Holland kalah dengan Spain.
  • dan banyak lagi.
Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk muntahkan cerita-cerita basi yang telah anda dengar. Saya nih sekadar membuat dokumentasi jek.

D'Tour dan Dwi Durrah di Mega Perdana 2010
Mengharumkan nama kerabat Durbar Dua
Tahniah kepada kededua kumpulan dikir barat yang bernaung dibawah Keluarga Besar Durbar Dua kerana berjaya mempamerkan persembahan yang meyakinkan di pertandingan terulung dikir barat Singapura.

Tok Juara, Sdr Elfee Ismail sekali lagi menggondol gelaran Tok Juara Terbaik, lantas menjayakan 'hat-trick' beliau di persada nasional. Sedap betul suara ko, Elfee. Anak kepada R Ismail nih sudahpun dinaikkan pangkat sebagai 'player-coach'. Beliau juga telah melibatkan diri secara intensif dengan menyumbangkan diri sebagai tenaga pelatih untuk kumpulan Dwi Durrah. Cayalah!

Sekalung budi juga kepada pendikir mapan seperti Sdr Bali, Sdr Rahmat, Sdr Mat dan juga Sdr Zul yang sudi menggembleng tenaga untuk menjayakan set-piece D'Tour. Tentunya, persembahan kali ini diibaratkan sebagai sebuah 'closure' ataupun closure kepada mereka yang masih mempunyai pertalian dengan kerabat kami.

Beralih kepada kumpulan wanita pula, Dwi Durrah. What a difference a year makes! Walaupun baru setahun jagung berada didalam arena dikir barat wanita, mereka mampu untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Mega Perdana 2010. Mana aku nak letak muka aku nih? Hehehe. Walau apapun, tahniah kepada mereka kerana menunjukkan sikap 'tidak gentar', walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dari luar. Sememangnya, keberanian mereka perlu disanjung dan kami mengharapkan agar semangat sedemikian tidak mudah luntur dewasa kelak.

Sri Kelewek Kecundang
Di Piala Senandung Rakyat
Beransur kepada PSR 2010 pula, kumpulan Sri Kelewek malangnya telah kecundang dan sekadar menduduki tempat kelima di carta akhir. Namun begitu, mereka terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang gelaran "Awok-awok Terbaik". Usah berasa hampa, kerana masih banyak lagi peluang untuk bertanding di masa yang akan datang, Insya Allah.

Secara itlak, Sdr Naz dan Sdr Rezal menghamburkan pujian kepada skuad muda Durbar Dua kerana mampu menjayakan set-piece dalam lima hari, tetapi memberikan amaran bahawa banyak aspek yang perlu diperbaiki untuk menaikkan lagi taraf persembahan. Dalam pada itu, tahniah kepada Sdr Martyn yang telah berjaya mencipkan naskah senikata yang pertama untuk kumpulan kami. Kirekan macam debut dier la. Syabas, kerana sudi terjun botol dan menyahut cabaran ini.

Kami ingin mengambil kesempatan ini sekali ladi untuk memberikan ucapan ribuan terima kasih kepada mentor-mentor kumpulan ini, Sdr Rezal, Sdr Elfee , Sdr Naz, tenaga 'penulis', tenaga 'paluan' serta semua 'ragam specialist' yang menyumbangkan masa, idea dan mengorbankan titik peluh untuk menjayakan set-set Dwi Durrah, D'Tour dan Sri Kelewek. Akhir sekali, terima kasih kepada Tuhan, yang mencelikkan mata dan membukakan hati untuk sama-sama berjuang, demi seni yang dicintai. - DurbarNews

Thursday, May 20, 2010

Yeh! Yeh! Dah Tue!
Sekarang kita nak tengok video korang plak!

Korang taknak menang $100 ker? Jangan takut, aku tak bertanding ler. Tarikh tutup adalah 28hb Mei 2010. Korang dah boleh buat sekarang!

Sempena menyambut ulang tahun Durbar Dua yang ke 13, ada pihak yang sudi menaja hadiah untuk menghidupkan pertandingan video "Yeh! Yeh! Dah Tue!" Peraturan dier senang saja:
  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli kerabat Durbar Dua.
  2. Anda bole masuk secara individu atau kumpulan (tidak melebihi 5 orang).
  3. Chief Editor DNN, selaku juri, tidak dibenarkan menolong sesiapa dari segi videografi dan editing.
  4. Video anda harus lebih dari 4 min dan tidak melebihi 10 min.
  5. Tema pertandingan adalah "Ulang Tahun Durbar Dua ke 13"
  6. Tidak dibenarkan sebarang adegan M(18) atau R(21). Paling tinggi NC(16).
  7. Tidak perlu pendaftaran formal. Kalau video dah siap, SMS Editor jek. Tarikh tutup adalah 28hb Mei 2010, 11.59mlm. Video yang dihantarkan selepas tarikh tutup akan digugurkan.
Oklah, taknak banyak peraturan sangat. Jangan risau tentang kualiti kamera. Yang penting, video itu kreatif dan unik. Kalau nak score lebih mata, kasi video tuh sampai ke tahap 'giler'. Selepas penghantaran video, Chief Editor akan membuka ruang undi (polls) di sidebar untuk anda memilih video yang anda rasa patut menang. Undian anda membawa 30% dari markah keseluruhan. Markah Editor cuma 70% jek.

Sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan, sila SMS Editor, atau bubuh kat tagboard. Hadiah wang tunai pertandingan ini ditaja oleh MR SUNSHINE. Nih bukan jenama sabun baju tau. Nih nama penderma misteri kita. Terima kasih MR SUNSHINE! - DurbarNews

Monday, May 17, 2010

Kembara Pulau
Experimentasi bersama Entiti

Nantikan DVD yang bakal dijual oleh kumpulan SoulHunterz dan Seekers.

Alhamdulillah, selamat juga penulis sampai ke tanah air. Walaupun tangan penuh dengan bintat angkara nyamuk-nyamuk 'commando' di Pulau Ubin, rasa-rasanya, amat berbaloi kerana membawa pulang 'footage' atau rakaman yang 'real'. Secara terus terang, mungkin ada di antara para penggelungsur yang akan tetap sangsi, selepas melihat rakaman-rakaman kami, senang cakap, korang kene experience sendiri, baru terbuka mata dan hati. Sebab, apa yang akan anda rasakan tentunya berbeza dengan apa yang dapat dirakamkan oleh kamera. Sesetengah entiti yang berleluasa disekeliling subjek kami (Black) tidak dapat dirakamkan.

Secara peribadi, penulis sendiri berexperimentasi dengan 'pembukaan hijab' oleh mediator yang ada di situ. 'Pembukaan hijab' adalah apabila mata ketiga anda dibuka dan anda mampu untuk melihat ke alam ghaib. Bukan saya yang minta, masalahnya, saya di'trick'. Apakan tidak, pada awalnya mereka mengajak saya untuk 'nightwalk', mengambil suasana dan udara malam. Apabila dah lepas satu checkpoint, kami dikumpulkan dan mulut mediator mula berkumat-kamit. "Halamark.. No way out nih.. Hampeh," bisik hati kecil saya. Nak tahu apa saya nampak? Kalau nak tahu, tanyalah bila kita bersua nanti. Part nih, saya menyesal ikut...

Sekalung budi kepada pihak SoulHunterz dan Seekers, dua kumpulan paranormal yang hebat belaka, kerana sudi mengundang kami turut serta dalam expedisi pada kali ini. Kepada anda yang terlepas kembara bersama mereka, rajin-rajinlah cari mereka kat Facebook. Type, "SoulHunterz" dan search dalam segmen 'pages'. Terus terang saya nak cakap, expedisi yang dibuat oleh kumpulan paranormal nih berat. Sekiranya anda lemah semangat dan 50/50, saya nasihatkan, lupakan hajat anda untuk turut serta. Serious beb. Tapi, kalau anda sporting, carry on bros! - DurbarNews

Part 2 dalam Kembara Pulau. Footage telahpun kami censoredkan, atas permintaan SoulHunterz, sebab dorang taknak kita 'spoil' the surprise. Nak tahu apa yg terjadi? Belilah DVD dorang.

Saturday, May 15, 2010

Jom Cari Penyakit!
Team DNN kembara ke Pulau Ubin.

Beginilah permandangan di puncak Bukit Puaka yang terletak di Pulau Ubin. Ini adalah puncak tertinggi di Pulau Ubin dan ianya berada di 75m diatas paras laut. Apakah misteri di sebalik bukit ini?

Team DNN akan mengikuti rombongan SoulHunterz Singapore untuk ke Puaka Hill di Pulau Ubin pada Hujung minggu ini. Kami akan berkumpul di jeti Changi pada pukul 3.15 petang, 15hb Mei, Sabtu ini. Sesiapa nak ikut, sila hubungi Sdr Elfee Ismail. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak $28. Team DNN juga akan ikut sama untuk merakamkan sedutan-sedutan khas untuk kembara pada kali ini. Antara mereka yang akan turut serta adalah Sdr Black, Kaduk, Tauhid, Arip, dan ramai lagi. Doakan kita semua selamat pulang, yer? - DurbarNews

Thursday, May 13, 2010

Rakaman Latihan Akhir
D'Tour dan Dwi Durrah untuk peringkat separuh akhir

Seperti yang dijanjikan, saya telahpun sertakan rakaman latihan untuk kededua kumpulan selepas lelaman nih dapat 103000 hits. Gua berpegang pada janji beb. Tukang buat lagu tidak lain dan tidak bukan daripada Sdr Rezal. Seni ragam pula adalah hasil koleksi bersama. Drill sergant, yang menjalankan latihan pula adalah Sdr Rezal, Naz dan Elfee. Relief teacher pun ada. Kaduk, Kak Shikin, dan ramai lagi. Ok, panjang cerita, pendek nafas, enjoy the clips! Dalam beberapa hari kita start training balik!

Sayup bergema bukan tangisan
Pusat menghurai memisah beban
Segar merasa silap termakan
Putik di mata tidak berkesan
Kalah bebas tanpa kemenangan
Langgam diulang zaman berzaman

Hasil karya: Man Ez Totol

Duka pun tiba tanpa diduga,
Angkara bara yang membara di dada
Senyap dan sepi membelah sua
Menjengah suara lantang meronta-ronta
Malam bagai tiada akhirnya
Kerna siang hilang sinarannya

Hasil karya - Ayam Penyet
D'Tour dan Dwi Durrah ke Finals!
Berkat latihan gigih dan semangat yang luar biasa.
Elfee Ismail menunjukkan arah kiblat kepada rakan-rakannya yang jelas dah tak kuasa nak layan dier. (Gambar: Kakparazzi)

Alhamdullilah, dua kumpulan yang bernaung dibawah keluarga besar Durbar Dua berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan dikir barat nasional, Mega Perdana 2010. Kumpulan yang penulis maksudkan adalah D'Tour dan juga Dwi Durrah. Ini merupakan detik yang bersejarah kerana sepanjang perjuangan Durbar Dua di dalam arena seni dikir, sekiranya kami menghantar dua kumpulan, selalunya yang sampai finals satu jek.

Kumpulan D'Tour, yang rata-ratanya merupakan pemain veteran Durbar Dua membawakan set yang agak selamat jika hendak dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan gergasi lain, yang jelas membawakan persembahan di luar jangkaan dengan cara permainan yang unik dan tersendiri. Tika diminta mengulas, Sdr Rezal berkata, "Kita mesti realistik. Kita tak mampu untuk membuat ragam yang berat atau keterlaluan. Lantas, kita fokus kepada kesan visual yang senang untuk dipraktikkan. Kita memberi fokus kepada lantunan suara serta elemen tok juara. Begitu juga dengan tukang karut. Tentunya, masih banyak lagi yang boleh kita lakukan. Nih semua simpan finals beb."

Walaupun D'Tour agak mampat dari segi set persembahan, kekurangan jelas terpampang dari segi aspek senikata. Hal ini telah diketengahkan semasa ulasan pengadil yang mana Cikgu Djohan, selaku juri tetap pertandingan ini, menekankan tentang pentingnya kupasan tema dalam penulisan. Kupasan senikata perlu dilihat dari pelbagai dimensi dan perspektif untuk menghasilkan sebuah karya yang baik.

Sedang yang lagi menunjukkan 'twist' tanda kegembiraan dikontrol, Nurul pula jelas tersedu-sedan sambil memeluk gong. Bertuahnya jadi gong...

Dalam pada itu, Kumpulan Dwi Durrah juga telah menempah 'tiket' untuk ke peringkat akhir. Ini adalah kali pertama kumpulan ini melangkah begitu jauh walaupun baru setahun jagung membuka sayap di dalam arena dikir. Pada kali ini, naskah yang dikarang oleh Sdr Ayam adalah antara yang terbaik di dalam kategori senikata. Jelas sekali, pengunaan tukang karut, Sdri Nurul menghasilkan daya penyampaian yang kuatapabila digandingkan degan suaranya yang lunak dan lemak berkrim, disukai ramai. Betul, beliau memang disukai ramai bebudak Durbar yang eksyen turun training kasi support padahal subtext nak tengok Nurul nyanyi. Korang tengok jerla video training nanti. Part Nurul nyanyi, ada yang tersengeh, ada yang terkeluar air liur dan banyak lagi.

Kami dari pihak editorial ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua aktivis yang terlibat kerana kejayaan ini adalah hasil daripada kerja keras anda sendiri. Ribuan terima kasih juga kepada para penyokong Durbar Dua, yang eliminated sejak dari awal lagi (termasuk saya ler), kerana tak serik turun training walau apapun sebabnya. Perjalanan belum habis lagi. Selepas ini, kita jumpa di persada yang lebih tinggi pula. Sekarang korang take a break, enjoy, pegi pujuk matair sebab dah lama tak jumpa, asyik training jer. Lepas tuh, kita sambung latihan bila senikata... ehem... dah siap.. - DurbarNews

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu
Kepada ibu-ibu di seluruh dunia.

Kami, dari pihak editorial Team DNN, ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua bonda-bonda diluar sana. Janganlah kita sekadar ingin menunjukkan rasa cinta kepada ibu pada hari Ibu sahaja, yer?

Sebenarnya, Hari Ibu nih berasal dari adat orang Yunani terdahulu yang pada masa itu mempraktikkan penyembahan Cybele, ibu kepada tuhan-tuhan. Apabila Eropah mula di-kristiankan, adat sedemikian masih lagi berputik tetapi dihubung kait dengan unsur-unsur gospel, yang mana, bentuk penyembahan bertukar alih kepada Virgin Mary.

Tapi, rasa-rasanya, tidak menjadi masalah sekiranya Hari Ibu disambut oleh masyarakat kita.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya; ”Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ”Ya Rasulullah, siapakah dari keluargamu yang paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?” Jawab beliau,”Ibumu! Kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu kemudian terdekat kepadamu, yang terdekat.” - Sahih Muslim

Thursday, May 6, 2010

Dilema Kumpulan Wanita
Kategori berasingan atau digandingkan?

Sebuah video yang menyingkap perjuangan serta kegigihan para pendikir wanita kita.

Penglibatan kaum Hawa di dalam dikir barat, di Singapura khususnya, telah bermula sejak kesenian dikir mula menebarkan sayapnya di tanah air. Walaupun dikir barat wanita mendapat sambutan yang hambar di seberang tambak, lain pula keadaannya di sini. Hampir setiap pertandingan dikir barat setempat memuatkan ruang untuk para aktivis wanita menunjukkan bakat serta tempat untuk melestarikan seni dikir. Di Singapura sendiri, terdapat lebih 20 kumpulan wanita yang bertapak di pelbagai kelab masyarakat dan sekolah-sekolah. Pada Mega Perdana 2010 tahun ini pula, 11 kumpulan puteri akan bertanding dalam kategori yang berasingan.

Angka ini merupakan rekod penyertaan bagi kumpulan wanita di Mega Perdana, sebuah pertandingan peringkat nasional. Dengan tidak secara langsung, ini menunjukkan populariti serta daya tarikan kesenian ini kepada golongan wanita. Alla kullihal, ini juga yang pertama kali, kumpulan wanita dan lelaki bertanding secara berasingan di dalam pertandingan berprestij ini. Langkah sedemikian diusulkan pihak Gabungan untuk menarik minat kumpulan wanita supaya bertanding sama pada tahun ini. Dalam pada itu, pelbagai pendapat serta pandangan yang dilahirkan berkenaan sistem baru ini. Ada yang kurang senang, ada juga yang mengalu-alukan langkah sedemikian.

Pada firasat saya, dalam mengenalkan sesuatu yang baru, tentu ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan adanya kategori berasingan bagi kumpulan berlainan jantina. Sistem sedemikian mampu memartabatkan serta menstabilkan kesenian ini kerana secara lahiriyah, keupayaan lelaki dan wanita adalah berbeza. Dalam sebuah set dikir wanita, tentunya setiap ragam perlu mematuhi tata susila serta kesopanan yang diterapkan dalam stigma sosial masyarakat. Keadaan ini berbeza dengan kumpulan lelaki yang rata-rata diberikan lebih kebebasan dari segi ekspresi ragam dan tidak terlalu terkongkong dengan batas-batas tersebut. Aura yang ditonjolkan kumpulan berlainan jantina juga berbeza.

Dari segi penyampaian lagu dan suara juga berlainan. Oleh kerana kaum Hawa mempunyai pitch yang lebih tinggi, maka sesetengah lagu yang sedap didendangkan oleh mereka mungkin kurang 'oomph'nya sekiranya ia dinyanyikan oleh sebuah kumpulan lelaki. Vice versa. Lantas tidak hairanlah, mengapa kategori berasingan telah lama wujud dalam pertandingan seni suara, baik di peringkat internasional seperti AIM mahupun setempat seperti di AnugeraHitz. Ini memudahkan tugas pengadil dalam pemberian markah kerana mereka tidak akan dibebankan dengan faktor-faktor luaran seperti yang telah dijelaskan. Markah yang dihadiahkan pun akan lebih konsisten sekiranya kumpulan-kumpulan dibandingkan mengikut kategori yang ditetapkan.

Namun begitu, tidak adillah sekiranya saya melahirkan pandangan yang berat sebelah dalam rangka kumpulan berlainan jantina. Wujudnya kategori berbeza, dengan tidak secara langsung melebarkan jurang serta mutu persembahan antara kumpulan lelaki dan wanita. Sejauh ini, belum pernah sesebuah kumpulan wanita merangkul tempat pertama dalam pertandingan terbuka dikir barat, yang mana kumpulan wanita serta lelaki digabungkan dalam satu kelas yang sama. Impian untuk melihat para pendikir wanita 'mengigit' pendikir lelaki dalam suasana pertandingan tampak malap sekiranya dwi-kategori ini menjadi trend bagi pertandingan-pertandingan yang akan datang.

Maka timbul persoalan, "Mengapa kumpulan wanita tidak mampu menaikkan mutu dikir wanita dikalangan mereka sendiri? Apakah perlu untuk digandingkan dengan pendikir lelaki untuk perkara sedemikian berlaku?" Hakikatnya, kebanyakkan latihan dikir wanita dikendalikan oleh golongan lelaki. Ramai kumpulan wanita juga bernaung dibawah kumpulan dikir barat lelaki. Para pengadil juga rata-ratanya lelaki. Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh kaum Adam didalam arena kesenian dikir barat. Sekiranya mutu dikir wanita mahu dipertingkatkan sehingga mampu menumbangkan kuasa serta pengaruh lelaki dalam kesenian ini, maka sebuah emansipasi perlu berlaku. Dengan kata lain, mereka perlu melalui anjakan paradigma dan mengambil initiatif untuk berdiri sendiri secara 'independent'. Tika hal sedemikian berlaku, maka motivasi serta visi sesebuah kumpulan wanita akan berubah secara drastik.

Itu saja pembentangan pendek penulis kali ini. Sekiranya anda juga ingin memberikan pendapat dari sudut yang berbeza, kami di pihak editorial amat mengalu-alukannya. Sila tulis di bahagian 'komen' kat bawah nih. - DurbarNews

Wednesday, May 5, 2010

Anugerah Skrin
Kenali golongan pendikir yang mengambil bahagian.

Ingat nak letak "Le Dzar de Francesco", nanti orang menyampah lah pulak.

Ok, hari nih, penulis nak promosikan sikit tentang segolongan para peserta yang masuk Anugerah Skrin, sebuah pertandingan tahunan yang menonjolkan bakat-bakat dalam lakonan, mengacara, menyanyi dan bermain musik. Pada tahun ini, Anugerah Skrin mencari bakat-bakat lakonan sahaja, berbeza daripada empat tahun dahulu, yang mana aspek mengacara juga diambil kira.

Penulis diberi kesempatan untuk menguji bakat dan alhamdullilah, mampu melangkah sehingga ke peringkat 'top 24'. Sekurang-kurangnya, kalau tak cukup undi, dan saya terkeluar Jumaat ini, dapat jugak jamah kaca TV. Semasa sesi uji bakat, penulis juga berkesempatan untuk bertemu dengan ramai aktivis dikir yang juga mencuba nasib. Pada hari ini, saya mengambil ruang untuk menonjolkan antara muka-muka yang anda pernah nampak dalam suasana 'comp' ataupun pertandingan dikir setempat.

Beliau ini adalah antara peserta yang paling rapat dengan penulis. Berasal dari kumpulan dikir barat Andika Kencana, beliau merupakan aktivis yang sudah lama berkecimpung dalam kesenian dikir barat. Walaupun sudah tidak lagi aktif dalam dunia dikir, baru-baru ini, beliau tetap meluangkan sedikit masa untuk menghadiri kursus jurulatih bersama penulis yang dikendalikan oleh pihak Gabungan beberapa bulan yang lalu. Sekarang beliau dah kaya. Kaya ilmu lah. Tapi kalau kaya harta pun boleh tahan jugak sebab beliau juga merupakan seorang ejen hartanah yang berwibawa. Jingle beliau adalah, "Raja Razie, ejen cepat tepat padat."


Nama saudari nih adalah Siti Aisyah, atau lebih dikenali sebagai Aisyah Ab di Facebook. Ada juga yang memanggilnya Adinda Aisyah mahupun 'Cinta' atau 'Kasih'. Walaupun beliau tidak melibatkan diri secara langsung dalam aspek persembahan dikir barat, beliau kerap turun untuk memberikan sokongan moral kepada tunangnya, Sdr Aqmal N Warkah Cinta Dunia daripada Kumpulan Kelana Purba. Lantas, tidak hairanlah, beliau begitu popular di Facebook. Fanpagenyer dah mencecah 700 orang. Jeles penulis tengok, sebab penulis cuma ada 400 kipas ker.



Nama facebook dier irritating sikit. Eddie Makua. Tah haper la menatang Makua tuh, hanya Eddie saja yang tahu. 'Members' nih pulak katanya dulu dari Kumpulan Putera Dewa. Entah betul entah tidak, tuh penulis tak pasti. Sekiranya ada penggelungur yang datangnya dari kumpulan tersebut, harap dapat 'confirm'kan. Walau bagaimanapun, beliau adalah antara satu-satunya pelakon yang tampak bersahaja tetapi mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan. Tak percaya? Lihat sajalah gaya lakonannya Selasa lalu. Beliau seorang yang senang diajak bersembang dan suka menceriakan keadaan dengan lawak jenakanya. Eddie ada juga memberitahu saya bahawa dia nak 'return' main dikir balik. Kalau nak tau biler, tuh kene tanya dia sendiri ler.

Jadi, tunggu apa lagi,
doakanlah supaya angan-angan kami menjadi nyata,
saksikanlah bakat yang dipelajari dari kesenian kita,
undilah kami supaya apa yang diimpikan langsung tiba. -DurbarNews

Friday, April 30, 2010

DNN Milestone
Selepas 2 tahun, 377 post, lebih 100 petikan video, dan 30 lagu dalam arkib lelaman, alhamdulillah, kita sampai juga...

Terima kasih kerana sudi menjenguk lelaman yang tak seberapa nih. Moga-moga pencapaian ini dijadikan motivasi dan pembakar semangat untuk terus update dalam masa-masa yang mendatang. - DurbarNews

Baik Fadly!
Pemenang sagu hati di Arca Gemilang


Persembahan di peringkat separuh akhir. Nantikan rakaman akhirnya.

Berikut adalah persembahan ganas Sdr Fadly di peringkat separuh akhir Arca Gemilang anjuran Fuchun CC. Rakaman bagi persembahan final beliau masih belum lagi dimuat naikkan. Sekiranya anda ingin bergambar atau meminta otograf Sdr Fadly, sila ke Bishan CC, sebab dia ada training bersama kumpulan D'tour.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya untuk semua kumpulan yang akan bertanding di peringkat separuh akhir Mega Perdana 2010. Teruskan latihan gigih dan usah berputus asa. Tengok Sdr Fadly, dah 5 kali masuk anugerah, masih ingin mencuba. Contoh rakyat nih. - DurbarNews

Wednesday, April 28, 2010

Dari Pena Editor
Kembali bersuara melalui font Arial.

~Le Dzar de Francesco
Chief Editor (Durbar News Network)


Assalamualaikum wr wb. (Sila jawab salam, walaupun ianya sebuah 'cyber-salam'. Tak jawab berdosa.) Apa khabar wahai pengunjung budiman? Tika penjara minda yang melanda sudah sampai ke penghujungnya, semangat menulis, berkarya dan mencipta mula membara semula. Dan tika kami dari pihak editorial di sini menyepi, ramai yang bertanya dan membuat andaian berleluasa. Antaranya:

"Kenapa dah lama tak update?"
"Merajok kalah comp ker?"
"Kau nih buzy sangat ker? Orang lain pun kerja per."

Ya akhi dan ikhwan, seandainya anda membaca keratan artikel pada tanggal 17 Mac 2010, rasa-rasanya, sudah cukup penjelasan yang dibentangkan. Lantas, saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa selepas tempoh 10 minggu (yang bermula dari 22hb Febuari)habis, blog ini akan kembali bernafas. Dalam pada itu, banyak juga kerja-kerja ubah elok yang belum lagi siap, jadi, saya meminta agar lebih ramai individu yang tampil kehadapan dengan idea-idea baru supaya wadah ini kekal relevan.

Ok, bende admin dah lepas, kita sentuh pula tentang hal ehwal kerabat, terutama sekali tentang pertandingan Mega Perdana 2010 yang masih lagi berlangsung. Saya akur, ramai yang ingin membaca pandangan serta buah pendapat kami paska peringkat saringan. Dari segi gaya tulisan dan perbualan, motif mereka kepelbagaian. Ada yang sekadar ingin mengusap garam di luka dan ada pula yang ikhlas memberikan kritikan membina. Kami pula, menerima seadanya. Bagi mereka yang kurang peka tentang perkembangan kami, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa Durbar Dua tewas di peringkat saringan. Namun begitu, bak kata pepatah Inggeris, "All is not lost", bukan semua yang kita miliki itu hilang kerana kumpulan D'tour telah lulus badai yang pertama dan akan mengharungi ribut yang kedua bersama kumpulan Dwi Durrah di peringkat separuh akhir nanti.

Dalam adat bayi yang enggan bersuara, ibu bapa yang menggelapah akan membuat andaian berbeza-beza.

"Kenapa tak bersuara? Lapar kot? Marah eh? Nih mesti marah tau. Tak pun buang air dalam pampers. Sakit kot? Badan macam panas jer nih. Nih mesti sakit tau." (dan mereka membuat andaian demi andaian, mengundang resah, menyambut risau. Tatkala bayi itu bersuara semula, barulah hati lega.)

Sekiranya keadaan dapat disimpulkan dalam sebuah analogi, maka begitulah contohnya. Kami akur dan menerima kekalahan yang menimpa, dan ini tentunya akan dijadikan iktibar serta pembakar semangat untuk pertandingan-pertandingan yang akan datang. Ada seorang rakan pernah memberikan pendapat,

"Sebenarnya kekalahan nih menguji daya tahan kau. Ianya mengasingkan padi daripada hampas, batu daripada pasir, Indomee daripada air. Dalam kekalahan, kau akan dapat lihat siapa yang akan lari untuk mencari teratak yang lebih baik, atau kekal bersama dan berusaha untuk mengubah nasib teratak itu sendiri." Mungkin ada benarnya ungkapan beliau itu.

Ramai juga mengambil kesempatan dengan menggunakan wadah NewMedia untuk menanyakan sebab kami tewas di persada saringan. Antara penjelasan yang dapat saya berikan setakat ini, berdasarkan desas-desus yang hinggap di telinga saya adalah, aspek tok juara dan senikata sangat rendah sehingga menjejaskan pungutan mata secara keseluruhan. Tentunya saya berasa kecewa dengan dua perkara,

1. Saya dimaklumkan tentang hal ini dari wadah mulut ke mulut.
2. Saya yang menulis senikata bagi kumpulan Durbar Dua.

Lantas, penulis sekadar ingin menyusun sepuluh jari sekiranya hal sedemikian benar-benar berlaku. Mungkin dalam kekecohan dan kesibukan saya, kupasan yang saya berikan tidak begitu menyakinkan. Namun begitu, kita belajar dari kesilapan. Di sini saya sertakan naskah tulisan saya. Sekiranya ada yang sudi menokok tambah atau memperbetulkan yang salah, sila sertakan komentar anda dibawah artikel ini.



Tema: Menjana Keluarga Bahagia

~Juara (Lagu Ciptaan Asli)
Ada beribu tidak berbapa
Ada berayah tidak berbonda
Ada kedua-duanya tiada
Ada juga
Yang berdua tanpa cahaya mata
Yang rajanya Hawa
Yang laganya jiwa
Yang seumpama
Musuhnya masa

Nutfah menghadam minggu bentuk alaqah,
Tingkah memakan jemu untuk berubah,
Langit menanti hari mengolah warna,
Masa adalah fasa yang memaksa.

Hendak merasa,
Junjung gemala,
Maka teruja kala,
Gugurkan masa,
Langit kerawang awan yang beku tiada.
Alang-alang renyai pemberi seksa.

~Yangki
MENggelabah tok menteri,
JAlang sudah berakar umbi,
NAda tabah usul mimpi,
KErna cerna talak jati.

LUak detik putik menjadi,
ARah lentik cantik bernadi,
GAya madah mantik putar impi,
BAdai ubah titik yang mengisi.

~Kelantan
HAlang dalang yang menghadang,
GIlap pandang yang terlentang,
Ada madang yang terhidang,
UNdang bayang yang menguntang.

TUKil kata nak menjana,
SEbar pesan kasi ingat,
MUdah saja menerima,
Alih kesan yang meningkat.

~Patani
Demi masa

Sesungguhnya manusia

Berada didalam kerugian tika mereka berada

Masa yang kita merompak sebahagiannya,
Diperuntukkan untuk kerja,
Diperbentukkan supaya tiada,
Diperbanyakkan bersuka-ria.
Dan dikurangkan masa bicara

Tapi bila ditanya,
Katanya untuk menjana
Keluarga bahagia

Bagaimana (nak menjana)
Kalau sekadar (limpah harta)
Tandus masa pada keluarga
Bukan menjana namanya.

~Matang
Kita menjana, membina sentiasa,
Agar usah sang usrah dicemburui masa.

Bukan senang nak imbang yang kededua,
Rakan, usah biar rasa berleluasa.

Bukan jana sekadar nak menjana nama,
Tapi jana yang mengempukan gayanya masa.

~Wau Bulan
Wau, wau bulan
Wau bulan teraju tiga

Impikan jannah impi bahagia impi ditawan,
Ketepi impi hancur musnah angkara masa.

-DurbarNews

Sunday, April 18, 2010

Luahan Isi Hati
...Durbar Dua Mega Perdana 2010

Kepada mereka yang follow-up dengan Mega Perdana 2010, Pusingan Saringan pada 4hb April telah mendatangkan mixed feelings for kerabat Durbar Dua. Kite sangat berbangga dengan kemajuan D'Tour kepada Perdana peringkat separuh akhir. Malangnya, Durbar Dua tidak menerima nasib yang sama dan telah disingkirkan dari Mega Perdana 2010 pada Pusingan Saringan.

Supaya tak membuang lagi masa, aku ade update blog kite dengan a short cerita-cerpen style writing by si penulis yang hanya ingin digelar "si pendikir misteri". Beliau merupakan seorang ahli Durbar Dua yang beraksi bersama kumpulan Durbar Dua pada pusingan Saringan yang lepas.

Dari pihak si pendikir misteri kita ni, aku sebagai DNN sub-sub editor ingin meminta maaf terlebih dahulu sekiranya si pembaca ada terasa tersinggung setelah selesai membaca cerpen berikut.

Bile aku first bace cerpen ni, aku ade feeling cara penyampaian si pendikir misteri memang ade keras sikit (sorry bro), dan bukan mudah untuk diterima oleh semua lapisan masyarakat. Yang ade emo tendencies tu, kalau boleh takmo terikut sangat dengan emosi si penulis, aight? Bagi akhir kata, aku rase cerpen ini lebih cenderong kepada kaum kerabat Durbar Dua. Kirekan yang mane tahu maksud tersirat yang ade, tahu lah. Yang mane tak tahu, jangan macam-macam. =)

-----------------------------------------------------------------------------------

"
mencari

...Kecewa, hatiku pedih. Sebagai seorang pendikir yang baru sahaja berkecimpung di arena seni dikir barat Singapura, jiwaku hancur remuk. Memang benar kata orang, kekecewaanku datangnya darihal yang sering biasa muncul ketika kita tersingkir jatuh daripada pertandingan sebesar si Perdana. "mestilah down, standard ah kalau dah kene out time saringan. mcm2 reason kau bole down, boy.."

...Kecewa kerana nama kecundang....

...Kecewa tidak akan berpeluang untuk beraksi lagi disamping kumpulan-kumpulan terhandal....

...Kecewa tiada lagi peluang untuk mencuba merangkul pulang sebarang kejayaan, tidak kiralah kecil atau besar...

Aku tahu. Aku sedar akan sebab-sebab aku kecewa. Sepatutnya aku sudah boleh bangkit semula. Tapi, aku masih terasa pilu. Dadaku sebak menahan tangisan... Mengapa? Bukankah ini kekalahan biasa?

...Tidak...

Aku menitiskan airmata... kerana aku malu kepada mereka yang menangis meminta maaf atas segala silap dan salah mereka terhadap kami yang kecundang. Aku yang malu kepada engkau, kepada ENGKAU, kerana kalau ada pun silap, silap kau hanyalah pemberian sepenuh jiwa dan harapanmu kepada kami yang belum kenal erti tersungkur jatuh. Dan salah? kalau adapun salah, salah engkau hanyalah memohon maaf setelah masa, tidur, harta dan ketenangan jiwa kau telah kami ambil tanpa menepati janji kami dulu...

Airmataku menitis... aku melihat saudara seperjuanganku hilang keyakinan diri sendiri kerana setelah melalui jerih payah bagi menyatukan perbezaan kita, akhirnya kita bersama terbukti tidak akan pernah setaraf...

Airmataku menitis... kerana takut melihat abang-abangku tersangat hampa setelah mereka bertahun lama menatang nama kumpulan ini bagaikan minyak yang penuh...mereka yang tidak pernah meninggalkan sisi kami, tanpa dahulu menanam bangga dan kepercayaan diri kepada setiap seorang dari kami..

-- -- -- -- -- ---- -- -- -- -- ---- -- -- -- -- ---- -- -- -- -- ------ ---- ---

Namun, airmata yang sama mula menerangi penglihatanku. Rasa malu, bimbang dan takut akan akibat kekecewaan yang dialami tidak pernah lagi terlintas di hati. Kenapa?

Kerana.. Tidak akan tenang si tua kalau tidak ada penentuan baginya bahawa si muda masih boleh mengawal emosi dirinya untuk menghadapi cabaran hidup yang lain.

Kerana... Tidak akan tenang jiwa si muda kalau dia tidak dapat menentukan jikalau si tua boleh memaafkan keangkuhannya, kelalaiannya dan jika dia masih sudi lagi memberi tunjuk ajar seperti dulu.

Sakit rasanya tersungkur, terduduk... Pada masa inilah, inginku pelajari bangkit semula untuk berdiri tegak. Berdiri, sambil sentiasa menundukkan pandangannya ke bumi, tanda akur kepada sakitnya jasad sekiranya ia jatuh ke tanah bumi. Tapi kali ini, aku sedar kebangkitan pada kali ini berbeza dengan dahulu. Kini, aku bebas untuk mempelajari dari kejatuhanku berlandaskan pengalaman dan ketabahan mereka sebelumku. Insyallah, dengan semangat baru dan kesabaran jiwa, Durbar Dua boleh sekali lagi berterbangan tinggi di angkasa.

- si pendikir misteri
"

-DurbarNews