Luahan Isi Hati
...Durbar Dua Mega Perdana 2010
Kepada mereka yang f
ollow-up dengan Mega Perdana 2010, Pusingan Saringan pada 4hb April telah mendatangkan mixed feelings for kerabat Durbar Dua. Kite sangat berbangga dengan kemajuan D'Tour kepada Perdana peringkat separuh akhir. Malangnya, Durbar Dua tidak menerima nasib yang sama dan telah disingkirkan dari Mega Perdana 2010 pada Pusingan Saringan.
Supaya tak membuang lagi masa, aku ade update blog kite dengan a short cerita-cerpen style writing by si penulis yang hanya ingin digelar "si pendikir misteri". Beliau merupakan seorang ahli Durbar Dua yang beraksi bersama kumpulan Durbar Dua pada pusingan Saringan yang lepas.
Dari pihak si pendikir misteri kita ni, aku sebagai DNN sub-sub editor ingin meminta maaf terlebih dahulu sekiranya si pembaca ada terasa tersinggung setelah selesai membaca cerpen berikut.
Bile aku first bace cerpen ni, aku ade feeling cara penyampaian si pendikir misteri memang ade keras sikit (sorry bro), dan bukan mudah untuk diterima oleh semua lapisan masyarakat. Yang ade emo tendencies tu, kalau boleh takmo terikut sangat dengan emosi si penulis, aight? Bagi akhir kata, aku rase cerpen ini lebih cenderong kepada kaum kerabat Durbar Dua. Kirekan yang mane tahu maksud tersirat yang ade, tahu lah. Yang mane tak tahu, jangan macam-macam. =)
-----------------------------------------------------------------------------------
"
mencari
...Kecewa, hatiku pedih. Sebagai seorang pendikir yang baru sahaja berkecimpung di arena seni dikir barat Singapura, jiwaku hancur remuk. Memang benar kata orang, kekecewaanku datangnya darihal yang sering biasa muncul ketika kita tersingkir jatuh daripada pertandingan sebesar si Perdana. "mestilah down, standard ah kalau dah kene out time saringan. mcm2 reason kau bole down, boy.."
...Kecewa kerana nama kecundang....
...Kecewa tidak akan berpeluang untuk beraksi lagi disamping kumpulan-kumpulan terhandal....
...Kecewa tiada lagi peluang untuk mencuba merangkul pulang sebarang kejayaan, tidak kiralah kecil atau besar...
Aku tahu. Aku sedar akan sebab-sebab aku kecewa. Sepatutnya aku sudah boleh bangkit semula. Tapi, aku masih terasa pilu. Dadaku sebak menahan tangisan... Mengapa? Bukankah ini kekalahan biasa?
...Tidak...
Aku menitiskan airmata... kerana aku malu kepada mereka yang menangis meminta maaf atas segala silap dan salah mereka terhadap kami yang kecundang. Aku yang malu kepada engkau, kepada ENGKAU, kerana kalau ada pun silap, silap kau hanyalah pemberian sepenuh jiwa dan harapanmu kepada kami yang belum kenal erti tersungkur jatuh. Dan salah? kalau adapun salah, salah engkau hanyalah memohon maaf setelah masa, tidur, harta dan ketenangan jiwa kau telah kami ambil tanpa menepati janji kami dulu...
Airmataku menitis... aku melihat saudara seperjuanganku hilang keyakinan diri sendiri kerana setelah melalui jerih payah bagi menyatukan perbezaan kita, akhirnya kita bersama terbukti tidak akan pernah setaraf...
Airmataku menitis... kerana takut melihat abang-abangku tersangat hampa setelah mereka bertahun lama menatang nama kumpulan ini bagaikan minyak yang penuh...mereka yang tidak pernah meninggalkan sisi kami, tanpa dahulu menanam bangga dan kepercayaan diri kepada setiap seorang dari kami..
-- -- -- -- -- ---- -- -- -- -- ---- -- -- -- -- ---- -- -- -- -- ------ ---- ---
Namun, airmata yang sama mula menerangi penglihatanku. Rasa malu, bimbang dan takut akan akibat kekecewaan yang dialami tidak pernah lagi terlintas di hati. Kenapa?
Kerana.. Tidak akan tenang si tua kalau tidak ada penentuan baginya bahawa si muda masih boleh mengawal emosi dirinya untuk menghadapi cabaran hidup yang lain.
Kerana... Tidak akan tenang jiwa si muda kalau dia tidak dapat menentukan jikalau si tua boleh memaafkan keangkuhannya, kelalaiannya dan jika dia masih sudi lagi memberi tunjuk ajar seperti dulu.
Sakit rasanya tersungkur, terduduk... Pada masa inilah, inginku pelajari bangkit semula untuk berdiri tegak. Berdiri, sambil sentiasa menundukkan pandangannya ke bumi, tanda akur kepada sakitnya jasad sekiranya ia jatuh ke tanah bumi. Tapi kali ini, aku sedar kebangkitan pada kali ini berbeza dengan dahulu. Kini, aku bebas untuk mempelajari dari kejatuhanku berlandaskan pengalaman dan ketabahan mereka sebelumku. Insyallah, dengan semangat baru dan kesabaran jiwa, Durbar Dua boleh sekali lagi berterbangan tinggi di angkasa.
- si pendikir misteri
"
-DurbarNews
...Durbar Dua Mega Perdana 2010
Kepada mereka yang f
ollow-up dengan Mega Perdana 2010, Pusingan Saringan pada 4hb April telah mendatangkan mixed feelings for kerabat Durbar Dua. Kite sangat berbangga dengan kemajuan D'Tour kepada Perdana peringkat separuh akhir. Malangnya, Durbar Dua tidak menerima nasib yang sama dan telah disingkirkan dari Mega Perdana 2010 pada Pusingan Saringan.Supaya tak membuang lagi masa, aku ade update blog kite dengan a short cerita-cerpen style writing by si penulis yang hanya ingin digelar "si pendikir misteri". Beliau merupakan seorang ahli Durbar Dua yang beraksi bersama kumpulan Durbar Dua pada pusingan Saringan yang lepas.