Penghargaan bagi piala-piala individu
Aiseh man, paiseh la nak cakap. Hari minggu lepas akan sentiasa terpahat dalam sejarah Durbar Dua. Apakan tidak, tuah bagaikan begitu menyebelahi kita apabila kerabat Durbar Dua membawa pulang 6 piala individu serta 2 piala johan. Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengulas tentang piala tersebut. Ini adalah pandangan aku jer, sekadar aktivis yang masih merah lagi dalam seni dikir barat. Jadi, seandainya korang nak tambah, sila kemukakan komen kat bawah artikel nih. Kita open, tulis jer, asalkan beralas.
Lagu Ciptaan Terbaik
Lagu OL-D yang berkonsepkan jawa keroncong ini dicipta oleh Sdr Rezal. Senikata dia pulak ditulis oleh Sdr Ayam. Memang, secara tradisi, Sdr Ayam lebih hebat dari Editor dari segi penggunaan 'adjectives' dan 'verbs' sesuai bagi diksi sebutan awok dan juara. Part nih Ayam champion. Aku jeles. Lagunyer memang tak perlu menggunakan suara awok yang mantap, cukup sekadar ianya dinyanyikan sahaja. Mungkin antara faktor penyebab ianya menang adalah bab 'feel'. Lagu dan paluan adalah mendayu dan perlahan, walhal dalam kebanyakkan lagu yang dipersembahkan pada hari itu, termasuk lagu kita, adalah rancak. Jadi, kelainannya terserlah. Kesenian Terbaik
Piala nih memang adalah antara piala paling elusif. Kami tak pernah menjulang piala dalam kategori ini, sebab kesenian memang bukan 'game' kami. Seandainya, dilihat kembali, set-set lepas yang pernah dibawa oleh Durbar Dua, kami hanya menelitikan ragam-ragam yang kemas. Pada kali ini, alhamdulillah, kita mencuba sesuatu yang baru dan menggunakan kayu 'drumstick', yang asalnya digunakan dalam tarian India. Wajar saya sebut, Sdr Kunch, Usop, Naz dan Sha'ari adalah antara individu yang perlu diberikan penghormatan dalam kategori ini sebab doranglah yang banyak pecah kepala dari segi ragam dan penggunaan 'drumstick' dalam set-piece.Awok-awok terbaik
Sekiranya dapat saya cungkil, kata-kata dari seorang pendikir yang mapan, yang pernah berkata, "Usah kita sinonimkan kategori awok-awok terbaik dengan suara awok-awok yang kuat, kerana pelbagai aspek lain yang perlu dipertimbangkan dalam menobatkan juara dalam kategori ini." Alhamdulillah, tak sia-sia kita berlatih dalam kondisi yang tidak begitu selesa di Sengkang Park. Kami akur, masih banyak lagi yang boleh diperbaiki. Pada hari Ahad lepas, kami berpeluang untuk mendengar dan melihat kehebatan awok-awok dari kumpulan lain yang cemerlang dalam segi suara dan ragam, lantas, banyak pelajaran yang boleh dibawa pulang untuk mengukuhkan lagi skuad yang sedia ada.Paluan Terbaik
One word, Bala..... oklah, two words, Bala, Usop...... make it three, Bala and Usop... Sorry Kunch.. Penggunaan thavil dan talking drum pada set ini begitu memadai memandangkan Sdr Bala amat serasi dengan permainan gendang klasikal. Yang tak begitu serasi adalah Sdr Luqman, yang acap kali kene 'drill' dengan Bala dan Usop. Kecian dier. Nanti kita bebual pasal dier di kategori yang lain.Karut Terbaik
Macam mana aku tak jeles. Sdr Black telah menempah nama sebagai antara yang terulung hanya dalam 2 pertandingan. Dalam Piala Raja Panggung, satu-satunya debut beliau sebagai tukang karut, Black membawa pulang piala Tukang Karut Harapan. Pada kali ini pula, beliau telah dinobatkan Tukang Karut Terbaik dalam Piala Seni Dikir 4. Kalau saudara ingin tahu, Black nih kerap tak percaya pada diri sendiri. Bila mula-mula suruh jadi karut, dier cakap tak boleh hafal la, tak boleh buat penghayatan la, malu la. Ini semua antara nak dengan tak nak. Mujur kepada kelibat kami, beliau menyahut cabaran untuk mencuba sesuatu yang baru. Alhamdullilah, sudah nampak hasilnya.Senikata Harapan
Ni pun lagi satu aku jeles (aku nih tak habis-habis jeles jek. Jeles tuh bagus, maknanya, kita nak berusaha untuk mendapatkan yang terbaik). Manakan tidak? Ini adalah naskah pertama yang beliau tulis dalam pertandingan dikir barat setempat peringkat nasional. Selalunya, dengar desas desus, beliau selalu tulis untuk kumpulan-kumpulan yang bertanding dalam Piala Si Cilik, kali ini diamanahkan untuk menuliskan naskah Dwi Durrah. Beliau tidak perlu banyak tunjuk ajar. Luqman nih orangnya independent. Jadi, dalam proses beliau menulis, kita pun tak kacau dia sangatla, sebab bab tulis-menulis nih subjektif. Tak ada rubrics yang objektif dalam melahirkan gagasan idea ke atas sekeping kertas. Moga-moga kejayaan memberikan beliau semangat untuk terus menulis dewasa kelak. Editor pun tumpang gembira sebab sekarang dah ada 3 penulis!Johan Piala Seni Dikir S Iswaran 4
Apa lagi nak cakap. Nak cakap gembira, memang sangat sangat. Nak cakap sedih pun ada. Pendek kata, dalam proses penyiapan set bagi PSD4, banyak rintangan yang perlu ditempuhi. Secara itlak, wajar kita berikan sanjungan kepada semua yang bertanding sebab jadi pendikir nih bukan senang. Mana yang ada kerja, mana yang ada anak kene jaga, yang amek MC, yang bertekak dengan matair yang tak understanding dan sebagainya. Terharu rasanya, lebih-lebih lagi melihat kerabat sendiri bawak anak pergi training. Dedikasi tuh. Tidak lupa juga, kepada Sdr Apu, yang kehilangan neneknya, Allahyarhamha Muziaton bte Marzuki beberapa hari yang lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, sebab Sdr Apu ni memang rapat dengan arwahnya. Moga-moga kemenangan ini sedikit sebanyak memberikan sedikit kegembiraan disebalik duka yang beliau tempuh.Johan Piala Serikandi
Memang, secara jujur, saya sendiri tidak sangka Dwi Durrah mampu menggondol piala nih. Sebab, saya akur akan kehebatan kumpulan wanita lain yang lebih mapan dan dalam erti kata, lebih mantap, sekiranya nak dibandingkan dengan Dwi Durrah, yang baru sahaja bertapak. Dalam pada itu, saya juga sanjung keberanian awok-awok mereka yang menggunakan alat kompang dalam set piece Arab. Senikata mereka pun menyumbangkan markah yang tinggi dalam persembahan. Sekalung budi juga kepada Kumpulan Dikir Barat Getari yang sudi bergabung dengan Dwi Durrah untuk pertandingan kali ini. Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras, Tuhan balas dengan rezeki yang berlipat ganda. Moga-moga kemenangan ini mengorak langkah kepada kejayaan yang lebih besar kelak, Insha Allah.Ok, tuh jer aku nak cakap. Asyik aku jer yang cakap. Korang punya turn pulak la. Komen jer kat bawah. Baik atau buruk, berbalas biar beralas. Jemput. - DurbarNews