Sedutan-sedutan Festival BORNFIRE dengan persembahan Wan Abang dan kumpulan Sonafa.
Hajat asalnya untuk memberikan sokongan kepada Wan Abang (Keris) dan kumpulan Sonofa yang membuat persembahan, akhirnya, kita membawa pulang kain rentang pula. Begitulah keadaannya apabila banner bagi acara BORNFIRE 2009, sebuah acara permainan api tahunan, dilelongkan dengan harga permulaan $200. Durbar Dua berjaya memenangi harga lelongan tersebut dengan $260, selepas harga tersebut berdiri selama sepuluh minit. Nama "Durbar Dua" serta kata-kata punjangga, "biar terbang tinggi, asalkan jangan lupa pandang ke bumi" turut dilukiskan di atas kain rentang.
Pembelian kain rentang itu sekaligus melambangkan tapak permulaan "fasa kedua Durbar Dua", yang dahagakan kemajuan dalam kesenian dikir barat. Ianya akan dipamerkan didalam bilik latihan kerabat Durbar Dua di Bishan CC. Belum pulak kita fikirkan bagaimana nak gantung banner yang gedabak giler itu.
Secara terus terang, penulis memang tak pernah dengar tentang acara api nih. Kita turun pun sebab dijemput oleh Wan Abang untuk melihat persembahannya. Apabila ditanya, beliau mengulas bahawa acara tahunan ini memaparkan kesenian bermain api daripada aktivis yang datangnya dari pelbagai negara, antaranya Jepun dan England. BORNFIRE 2009 dikendalikan di ruang kosong bersebelahan dengan stesen MRT Dhobby Ghaut. Sekitar 250 orang hadir untuk melihat acara itu, kebanyakkannya merupakan golongan 'photographer', yang menggunakan kesempatan ini untuk mengambil gambar persembahan yang diadakan.
Kami juga terserempak dengan rakan seperjuangan dalam kesenian dikir, Kumpulan Keris dan wakil-wakil dari Kumpulan Balqis yang turut hadir untuk memberikan sokongan kepada Sonafa dan Wan Abang. Isa, anggota Keris paling hensem dan masih single, mengulas, "Kita turun sebab Wan Abang merupakan anggota kita yang paling prominent. Kita semua bangga dengan pencapaiannya sebagai seorang percussionist dan kehadiran kami hanya menekankan hal sedemikian. Kami harap perjuangan Wan Abang tidak berhenti disini dan melangkah jauh sehingga ke seluruh dunia." Sesiapa yang ingin dating dengan Isa, sila hubungi Sdr Dzar dengan segera. - DurbarNews