Monday, November 2, 2009

Bagai Pinang Dibelah Dua
Dahlan dan Idah selamat diijabkabulkan

Hadiah kita kepada Lan dan Idah. MTV majlis pernikahan di Masjid Al-Mawaddah. Enjoi.

Ok! Update terkini! Lan dan Idah telah melangsungkan majlis pernikahan mereka Sabtu lalu di Masjid Al-Mawaddah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun tok kadinya fiece giler, Lan tetap cool dalam melafazkan kata-kata depan khalayak ramai, lantas, melansungkan ikatan murni suami isteri tepat pada pukul 5.15ptg.

Tempat yang dipilih amat sesuai dan tepat sekali. Rasa-rasanya pahala Sdr Lan dan Sdri Idah berlipat ganda sebab apabila majlis dibuat di masjid, maka para tetamu yang datang perlu berpakaian sopan. Sejuk mata memandang apabila melihat para tetamu mengerjakan ibadah Asar secara berjamaah. Majlis pernikahan cukup meriah dengan kehadiran ramai sahabat dan saudara, lebih-lebih lagi dengan kehadiran ahli kerabat Durbar Dua yang turut bergotong royong untuk menjayakan majlis tersebut.

Tapi, afwan, gambar-gambarnya belum dimuat naikkan, yang saya ada adalah sekadar pita rakaman sahaja. Dari kami, Team DNN di angkasapuri, ingin mengucapkan tahniah kepada mempelai. Kami mendoakan agar mahligai yang baru dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat, sehingga ke pintu syurga, insha allah. :) DurbarNews